Seorang pengurus restoran warganegara New Zealand didenda RM6,000 Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana cuba membuka pintu pesawat Malaysia Airlines (MAS) di udara, ketika penerbangan dari New Zealand ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Ahad lalu.
Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh menjatuhkan hukuman itu ke atas Cranwell Frazer Harry, 32 tahun, yang beralamat di Auckland, New Zealand, selepas tertuduh yang memakai baju penjara berwarna jingga mengangguk faham dan mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Inggeris.
Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu yang masih bujang, dipenjara 12 bulan jika gagal membayar denda.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Mohamad Izwan memberi amaran kepada tertuduh agar tidak mengulangi perbuatannya yang merupakan satu kesalahan serius kerana boleh membahayakan nyawa penumpang dan anak kapal.
Cranwell, yang berdiri di kandang tertuduh kelihatan resah, kerapkali mengeluh dan sambil menitiskan air matanya mengangguk dan menjawab “I promise sir...”.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah membahayakan keselamatan suatu kapal udara dan orang yang berada di dalam kapal udara di mana tertuduh telah cuba membuka pintu kecemasan kapal udara tersebut di dalam penerbangan MAS, MH0130 dari Auckland, New Zealand ke KLIA, di sini pada 11 malam, 12 Ogos lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Peraturan 97 Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 206 (3)(a) Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.
Berdasarkan fakta kes, ketika penerbangan di udara dari New Zealand ke Vietnam dan transit di KLIA, seorang pramugari yang bertugas telah nampak tertuduh memegang pemegang pintu kecemasan pesawat dan cuba membuka pintu tersebut.
Tertuduh dipercayai di dalam pengaruh alkohol kerana telah minum minuman keras iaitu lima tin bir dan segelas Gin & Tonic semasa dalam penerbangan tersebut.
Pramugari itu kemudian memindahkan tertuduh ke tempat duduk lain dan memaklumkan kejadian tersebut kepada ketua pramugari dan kapten bertugas sebelum tertuduh ditahan polis.
Siasatan lanjut polis mendapati tertuduh dalam keadaan mabuk dan tidak sedar ketika melakukan perbuatan tersebut.
Ketika rayuan, peguam Zaflee Pakwanteh yang mewakili tertuduh memberitahu mahkamah tertuduh yang ketika kejadian dalam perjalanan ke Vietnam untuk bercuti bersama rakannya memohon maaf dan menyesal atas perbuatannya serta merayu hanya dikenakan denda minimum.
Zaflee berkata pengalaman tertuduh yang berada di lokap selama dua hari selepas ditahan polis benar-benar memberi pengajaran buat tertuduh untuk tidak mengulangi perbuatan sama.
Timbalan Pendakwa Raya Aziatul Afrizan Alias memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh mengambil kira ketakutan dan trauma yang dialami anak kapal yang melihat tertuduh cuba membuka pintu pesawat ketika di udara
Sinar Harian
Wed Aug 15 2018
Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu yang masih bujang, dipenjara 12 bulan jika gagal membayar denda. - Gambar fail
Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing
APMM Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.
OIC kecam peta Israel tuntut hak ke atas wilayah Arab
Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan OIC dalam satu kenyataan turut mengecam tindakan provokatif Israel untuk mengilhak Tebing Barat yang diduduki, dan seruan pegawai Israel supaya memperhebatkan serangan genosid ke atas Semenanjung Gaza.
PM Jepun bertemu Prabowo, perkukuh hubungan pertahanan
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dalam usaha mengukuhkan hubungan pertahanan dan ekonomi.
11 kematian, 12 ribu struktur musnah
11 kematian disahkan dari kebakaran besar yang melanda California setakat Jumaat dengan 12,000 struktur harta benda musnah. Dalam kemas kini terbaharu laporan Los Angeles Times, pihak berkuasa di negeri itu masih mengekalkan amaran merah di kebanyakan kawasan dengan lebih 150,000 penduduknya berada dalam perintah pemindahan mandatori.
Tidak tahan dibuli, wanita serang penuntut guna tukul
Polis Jepun berjaya memberkas suspek yang terlibat dalam serangan tukul di Universiti Tokyo pada Jumaat, yang mana insiden itu mencederakan beberapa individu. Suspek yang baru berusia 22 tahun itu dikenal pasti mahasiswi dari Korea Selatan berjaya ditahan serta merta di lokasi kejadian.
DBKL diminta ambil tindakan tegas terhadap penganjur Karnival Havoc
Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan tegas ke atas penganjur Karnival Havoc Food Festival kerana tidak menghentikan penganjuran walaupun telah diarah berbuat demikian.
Cadangan henti guna asbestos sepenuhnya sedang diperhalusi - Nik Nazmi
Nik Nazmi berkata ketika ini Jabatan Alam Sekitar sedang menerbitkan kajian berhubung penggunaan asbestos dan kesannya kepada alam sekitar dan kesihatan.
PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tetap teguh sebagai sebuah parti yang inklusif, mengutamakan keharmonian antara kaum dan memastikan tiada pihak yang tertinggal dalam arus pembangunan.
Produk kraf Orang Asli Kelinsing diusahakan jadi cenderahati
Kementerian Komunikasi akan mengusahakan agar produk kraf penduduk Kampung Orang Asli Kelinsing di sini dijadikan cenderahati untuk perwakilan ASEAN yang menghadiri mesyuarat di pelbagai peringkat sepanjang tahun ini.
Profesional undang-undang digalakkan jadi ahli ICM - Fadillah
Fadillah berkata keahlian di bawah ICM akan memupuk persahabatan, muhibah dan kerjasama dalam profesion itu.
APMM tingkat kekerapan rondaan kekang pencerobohan
Pemantauan petugas di SWASLA dan aset udara juga dipertingkatkan untuk mengawasi dan mengesan pergerakan bot atau kapal yang mencurigakan.
Kepengerusian ASEAN: Kuala Lumpur, Putrajaya sudah sedia jadi tuan rumah mesyuarat utama
Persediaan merangkumi pelbagai aspek kritikal seperti keselamatan, kesihatan awam, pengurusan komuniti dan kesiapsiagaan menghadapi bencana.
Pengurusan surau, masjid berusia puluhan tahun disaran periksa sistem pendawaian
Langkah itu bertujuan mengelak insiden litar pintas yang boleh menyebabkan kebakaran sekali gus mengancam keselamatan jemaah.
Presiden Senegal umum pengakhiran tentera asing menjelang 2025
Presiden Senegal Bassirou Diomaye Faye mengumumkan pada Selasa "pengakhiran kehadiran semua tentera asing" di negara Afrika Barat itu pada 2025 dalam ucapan sempena Tahun Baharu, lapor Xinhua.
Larangan menutup wajah di khalayak ramai berkuat kuasa di Switzerland
Mereka yang melanggar larangan ini boleh dikenakan denda sebanyak 1,000 franc Switzerland (AS$1,100).
Jangan guna soket dengan kelengkapan elektrik berlebihan - Suruhanjaya Tenaga
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menggunakan soket dengan kelengkapan elektrik yang berlebihan atau beban yang tinggi.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Khaled, Marles ulangi kebimbangan terhadap perkembangan di Laut China Selatan
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menekankan kepentingan kebebasan pelayaran dan penerbangan mengikut undang-undang antarabangsa.
Menteri Pertahanan ASEAN seru tindakan kolektif dalam mesyuarat di Vientiane
Menteri-menteri daripada 10 negara anggota capai konsensus mengenai objektif yang akan membentuk Komuniti Politik dan Keselamatan ASEAN.
Sri Lanka kerah 90,000 anggota keselamatan untuk Pilihan Raya Parlimen
Pasukan keselamatan dikerah mulai Selasa untuk pastikan pilihan raya berjalan bebas dan adil, setakat ini tiada sebarang aduan serius diterima.