GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meminda saranan vaksin COVID-19 bagi fasa baharu pandemik.

Agensi itu mencadangkan remaja dan kanak-kanak sihat tidak diwajibkan mengambil vaksin.

Sementara kumpulan usia berisiko dinasihatkan mendapatkan dos penggalak antara enam ke 12 selepas vaksin terakhir mereka.

WHO memaklumkan pindaan saranan bertujuan menumpukan usaha memvaksin golongan yang berdepan risiko penyakit kritikal dan kematian daripada COVID-19.

Ini berdasarkan kadar populasi tinggi dalam kalangan penduduk dunia susulan penularan jangkitan dan vaksinasi.

Sementara itu, remaja dan kanak-kanak sihat kini tidak lagi tergolongan dalam keutamaan untuk vaksin.

Tahun lalu, WHO memaklumkan penamat pandemik kian hampir.

Namun dalam sesi taklimat terbaharu ini, ia memaklumkan saranan ini tidak wajar dilihat sebagai panduan bagi jangka masa panjang.

Saranan baharu ini dikeluarkan ketika negara-negara mengambil pendekatan berbeza dalam menangani jangkitan COVID-19.