COVID-19: Trump dakwa China bertanggungjawab ke atas pembunuhan besar-besaran

Astro Awani
Mei 21, 2020 01:37 MYT
Kata Trump, korban tinggi di kalangan pesakit COVID-19 di seluruh dunia adalah disebabkan ketidakcekapan China dalam mengendalikan wabak itu. - Gambar fail
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengulangi kritikan terhadap China berhubung pandemik koronavirus.
Kali ini, Trump mendakwa China bertanggungjawab ke atas pembunuhan besar-besaran.
Kata Trump, korban tinggi di kalangan pesakit COVID-19 di seluruh dunia adalah disebabkan ketidakcekapan China dalam mengendalikan wabak itu.
Virus berkenaan kali pertama dikesan di bandar Wuhan, China. Sehingga kini, ia mengorbankan lebih 325 ribu nyawa di seluruh dunia selain turut menjejaskan ekonomi dunia.
White House sebelum ini mendakwa virus berkenaan dihasilkan di sebuah makmal di Wuhan dan tersebar secara tidak sengaja.
Bagaimanapun, tiada bukti saintifik dikemukakan untuk menyokong dakwaan itu.
#Amerika Syarikat #China #COVID-19 #Donald Trump #ekonomi #Makmal #pembunuhan besar-besaran #White House #Wuhan