Thailand terus meningkatkan ujian jangkitan COVID-19 dan pengesanan kontak bagi mengelak kemunculan satu gelombang jangkitan, selepas seorang deejay berumur 37 tahun yang ditahan kerana kesalahan berkaitan dadah didapati positif virus berkenaan pada 3 Sept lepas.
Jabatan Kawalan Penyakit Thailand dalam satu kenyataan berkata susulan pengesanan itu sejumlah 990 orang dianggap sebagai berisiko; termasuk anggota keluarga, tahanan serta orang ramai yang berada di mahkamah semasa deejay itu dibicarakan, terpaksa menjalani ujian COVID-19 sehingga kini.
Daripada jumlah itu 118 dianggap sebagai amat berisiko, 856 diklasifikasikan sebagai berisiko rendah, manakala 16 lagi di dalam siasatan.
"Sehingga kini sejumlah 520 orang telah disahkan negatif, manakala 470 lagi masih menunggu keputusan. Pegawai kesihatan sedang mengesan mereka yang berkemungkinan terdedah kepada pesakit itu di pusat membeli belah di Suksawat, Samut Prakan.
"Siasatan masih sedang dijalankan bagi mengawal penularan virus berbahaya itu," menurutnya.
Penyakit yang disahkan positif pada 3 Sept itu merupakan jangkitan tempatan pertama COVID-19 di Thailand selepas 100 hari.
Deejay di tiga pub dan restoran di ibu kota Thailand itu disahkan positif semasa ujian rutin di penjara Bangkok, di mana deejay itu ditahan atas kesalahan berkaitan dadah.
Dalam tempoh 24 jam lepas, seorang warga Thai yang baru pulang dari India disahkan positif terhadap ujian COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,455 kes dengan 58 kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 07 2020
Anggota polis dilihat ketika satu protes menuntut kerajaan meletak jawatan di Bangkok, Thailand, 18 Julai, 2020. REUTERS/Fail
Melaka bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta
Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.
Aktivis yakin kejadian di UM dilakukan psikopat
Aktivis haiwan yakin kejadian membabitkan beberapa ekor kucing yang ditemuakan dalam keadaan ngeri dengan perut dibelah, kaki dipotong serta usus dikeluarkan di Universiti Malaya baru-baru ini mungkin dilakukan psikopat.
Sebatan di khalayak: Perlu harmoni antara perundangan sivil dan syarak - KP IKIM
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan sidang meja bulat tertutup bagi membincangkan beberapa isu berbangkit termasuk kes sebatan syariah di khalayak ramai di Terengganu.
Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil, perkara itu amat sensitif untuk diulas kerana ia melibatkan pelaksanaan undang-undang syariah di negara ini.
Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil, perkara itu amat sensitif untuk diulas kerana ia melibatkan pelaksanaan undang-undang syariah di negara ini.
Wanita diperdaya pempengaruh media sosial, rugi hampir RM9,000
Seorang wanita di Sibu kerugian hampir RM9 ribu selepas terpedaya dengan taktik jualan pakaian oleh seorang pempengaruh tempatan dan ejen jualan sebuah syarikat jualan langsung.
Pemilihan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif baharu FAM hampir selesai
Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan pemilihan calon Ketua Pegawai Eksekutif baharu bagi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hampir selesai.
Karnival papar bendera China diarah henti serta-merta - MDT
Karnival Fantasi Lampu LED yang diadakan di Dewan Serbaguna Bukit Gambir telah diarahkan berhenti serta merta dan ditutup sepenuhnya.
AWANI Ringkas: Perlu harmoni antara sivil dan syarak - IKIM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hukuman 6 sebatan selesai dalam tempoh dua minit
Pesalah khalwat berulang selasai menjalani hukuman enam sebatan di khalayak ramai yang dilaksanakan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, di sini, pada Jumaat.
Pemangku Presiden Korea Selatan pula akan didakwa
Dewan Parlimen Korea Selatan mengundi pada Jumaat untuk melakukan pendakwaan terhadap Pemangku Presiden Han Duck-soo.
#AWANIRingkas 27 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 27 Disember 2024
1️⃣ Perlu harmoni antara sivil dan syarak - IKIM
2️⃣ Penyedia diminta segera mohon lesen operasi
3️⃣ 85 peratus tidak terjejas - TNB
#awaniringkas
1️⃣ Perlu harmoni antara sivil dan syarak - IKIM
2️⃣ Penyedia diminta segera mohon lesen operasi
3️⃣ 85 peratus tidak terjejas - TNB
#awaniringkas
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.