Thailand menggantungkan kemudahan visa semasa ketibaan (VOA) untuk 19 negara dan wilayah termasuk China dan India sebagai langkah membendung penularan wabak koronavirus baharu (COVID-19) di negara berkenaan.
Menteri Dalam Negeri, Jeneral Anupong Paochinda berkata pengecualian visa juga akan dibatalkan untuk Korea Selatan, Itali dan Hong Kong.
"Rakyat dari negara yang disenaraikan perlu memohon visa dengan Kedutaan Thailand di negara masing-masing," katanya pada sidang media, di sini, pada Rabu.
Kemudahan VOA digantung untuk warga dari 19 negara dan wilayah iaitu Bulgaria, Bhutan, China, Cyprus, Ethiopia, Fiji, Georgia, India, Kazakhstan, Malta, Mexico, Nauru, Papua New Guinea, Romania, Rusia, Arab Saudi, Taiwan, Uzbekistan dan Vanuatu.
Bagaimanapun, penggantungan VOA akan berkuat kuasa sehari selepas penyiaran jurnal awam Warta Diraja.
Anupong berkata pengunjung dari kawasan yang dilanda penyakit - China, Hong Kong, Macau, Korea Selatan, Itali dan Iran perlu memohon visa serta sijil perubatan untuk membuktikan mereka bebas dari COVID-19 sebelum menaiki penerbangan ke Thailand.
Sementara itu, Thailand mengesahkan enam kes baharu COVID-19 iaitu membabitkan seorang warga Singapura dan lima rakyat tempatan, menjadikan jumlah keseluruhan 59 kes dan satu kematian di negara itu.
Seramai 34 pesakit telah dibenarkan discaj dari hospital manakala 24 lagi masih menerima rawatan di hospital.
Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Sophon Iamsirithawon berkata kes terbaru itu termasuk warga Singapura yang memilik sebuah restoran di Bangkok yang disahkan positif semalam.
Di samping itu, dua pegawai termasuk seorang pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi turut dikesan positif.
"Kedua-dua pegawai itu tidak bekerja di lokasi yang sama. Mereka berdua ini berurusan dengan pelawat asing dan mengendalikan barangan serta pasport mereka," katanya pada taklimat harian COVID-19 hari ini.
Tiga lagi kes terbaru membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 25 dengan tiada sejarah melakukan perjalanan ke luar negara, seorang wanita berusia 27 tahun yang kembali dari Korea Selatan dan seorang lelaki berusia 40 tahun yang kembali dari Jepun.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 11 2020

Dua pegawai termasuk seorang pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi turut dikesan positif. - Twitter/@ Suvarnabhumi Airport

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.