Thailand mencatatkan lima kes baharu COVID-19, kesemuanya merupakan rakyat negara itu yang kembali dari luar negara dan sifar kematian, selain menandakan hari ke-40 berturut-turut tanpa jangkitan tempatan.
Sejak penularan wabak itu dalam Januari, Thailand merekodkan 3,185 kes dengan 58 kematian.
Dalam satu kenyataan, Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) berkata lima pesakit baharu itu terdiri daripada tiga pelajar lelaki yang pulang dari Sudan, seorang ahli terapi urutan lelaki yang tiba dari Kuwait dan seorang guru wanita yang kembali dari United Kingdom.
Sementara itu, satu tinjauan oleh Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) dan Majlis Pelancongan Thailand (TCT) mendapati majoriti rakyat tempatan bersetuju dengan pelan "travel bubble" untuk membuka pintu sempadan kepada pelancong asing.
Tinjauan ke atas 3,000 orang tempatan dan pengusaha pelancongan dalam lapan wilayah pelancongan menunjukkan 82.9 peratus bersetuju dengan pelan "travel bubble" yang mengehadkan bilangan pelancong yang masuk sehari.
Kira-kira 74 peratus warga tempatan mahukan kerajaan mengenakan peraturan ketat ke atas pelancong asing yang masuk ke Thailand, termasuk mendapatkan sijil kesihatan bagi membuktikan mereka bebas COVID-19 dalam tempoh 72 jam sebelum ketibaan.
Warga tempatan juga meminta supaya angka kemasukan pelancong dinaikkan daripada asalnya 1,000 ke 2,000 orang sehari bagi membantu melonjakkan ekonomi Thailand, kata Gabenor TAT Yuthasak Supasorn, seperti di petik dalam laporan akhbar, Bangkok Post.
Media tempatan melaporkan Thailand dijangka membuka sempadan kepada pelancong asing seawal-awalnya dalam bulan Ogos.
TCT mengunjurkan Thailand menerima ketibaan lapan juta pelancong asing tahun ini, turun 80 peratus daripada ketibaan 39.8 juta pelancong tahun lepas.
Semasa pandemik COVID-19 penerbangan antarabangsa masih tidak dibenarkan di Thailand. Bagaimanapun, 11 kumpulan penumpang termasuk pemastautin tetap, pasangan dan anak kepada pemegang pas kerja, warga asing yang berkahwin dengan rakyat Thai dan warga asing yang ingin mendapatkan rawatan di negara itu, dibenarkan masuk sejak 1 Julai.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 04 2020
Sejak penularan wabak itu dalam Januari, Thailand merekodkan 3,185 kes. - Gambar fail/AP
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.