Thailand melaporkan dua kes baharu COVID-19, terdiri daripada rakyatnya yang kembali dari luar negara dan tiada kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 3,121 dengan 58 kematian.
Pembantu Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi bagi COVID-19 (CSSA), Dr Panprapa Yongtrakul berkata dua kes baharu itu masing-masing seorang penuntut lelaki berusia 22 tahun yang pulang dari Arab Saudi dan seorang wanita berusia 31 tahun yang kembali dari Belanda.
"Thailand merekodkan tiada jangkitan tempatan selama 15 hari berturut-turut. Sesebuah negara akan dianggap sebagai 'berisiko' rendah selepas ketiadaan jangkitan tempatan dua kali ganda dari tempoh inkubasi - 28 hari," kata beliau dalam taklimat harian COVID-19, di sini hari ini.
Beliau menggesa rakyat supaya terus memakai pelitup separuh muka, mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan tangan kerana kebanyakan kes di negara itu tidak menunjukkan gejala.
Dr Panprapa juga berkata daripada 3,121 kes itu, 2,973 pesakit telah pulih dan didiscaj daripada hospital.
Sementara itu, Perdana Menteri Jeneral Prayut Chan o-cha berkata tiada agenda politik jika kerajaan melanjutkan perintah darurat, yang dijadualkan berakhir pada 30 Jun ini.
Beliau berkata ramai yang akan berfikir kerajaan sepatutnya menamatkan perintah darurat di negara itu kerana tiada jangkitan tempatan selama 15 hari dilaporkan di Thailand.
"Kerajaan tidak mahu menghalang (hak dan kebebasan) rakyat. Bagaimanapun, perlu ada satu alat (undang-undang) untuk pihak berkuasa berkaitan mengawal dan mencegah pandemik COVID-19 di bawah standard yang sama (perintah darurat)," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Rumah Kerajaan hari ini.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Somkid Jatusripitak berkata kerajaan kini sedang mempertimbangkan membuka sempadannya dengan keutamaan kepada negara yang bebas COVID-19, pada suku ketiga atau keempat tahun ini.
Beliau berkata kelonggaran ke atas perjalanan di dalam negara akan melonjakkan industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
"Ia tidak perlu buat seluruh negara -- kami boleh membenarkan pelawat dari bandar atau wilayah yang bebas daripada virus corona. Sekatan perjalanan akan dilonggarkan secara beransur-ansur dan pelancong asing dijangka dapat kembali dalam suku ketiga atau keempat tahun ini," kata beliau sebagaimana dipetik daripada laporan akhbar Bangkok Post.
Beliau berkata industri pelancongan adalah penting dalam aspek pemulihan dan pembangunan ekonomi.
Sementara itu, Persekutuan Industri Thai (FTI) menggesa kerajaan supaya membuka semula sempadan negara kepada pelawat atas urusan perniagaan.
Naib Pengerusi FTI, Montri Mahaplerkpong berkata penutupan sempadan memberi kesan kepada perdagangan dan aktiviti perniagaan serantau.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 09 2020
Rakyat Thailand supaya terus memakai pelitup separuh muka, mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan tangan. - Gambar fail
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.