KUALA LUMPUR: Jabatan Tertinggi Bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menjangkakan pertambahan ketara jumlah pengunjung di kedua-dua Masjid Suci umat Islam itu sempena kedatangan bulan Rejab (pada Khamis).
Kehadiran bilangan tinggi pengunjung di Dua Masjid Suci itu dijangka berterusan sehingga akhir Ramadan akan datang.
Oleh itu, jabatan itu mengingatkan orang ramai agar terus mematuhi posedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang telah ditetapkan.
Menerusi infografik yang dikongsi di laman Twitter rasminya, jabatan itu menyenaraikan SOP semasa Masjidil Haram dan Masjid Nabawi setakat 3 Februari 2022, termasuklah wajib memiliki status 'imun' pada aplikasi Tawakkalna dan permit sah untuk memasuki Dua Masjid Suci itu.
Kedua, hanya individu berusia 12 tahun ke atas dibenarkan mengunjungi Dua Masjid Suci berkenaan.
"Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dari Arab Saudi dan seluruh dunia, sama ada imun atau tidak, pada masa ini tidak dibenarkan memasuki Dua Masjid Suci atau halamannya," kata jabatan itu.
Ketiga, hanya sekali umrah setiap 10 hari dibenarkan. Ini berikutan penerapan semula langkah berjaga-jaga oleh Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, untuk mengehadkan kapasiti dan memastikan tiada kesesakan terutama ketika melakukan ziarah Raudhah dan Makam Rasulullah.
Keempat, wajib memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal.
Kelima, pengunjung perlu mematuhi masa yang diperuntukkan dalam permit masing-masing.
"Keperluan untuk tiba dan meninggalkan Dua Masjid Suci mengikut masa yang ditetapkan dalam permit adalah sangat penting. Dua Masjid Suci ditutup sejam selepas solat Isyak dan dibuka semula sejam sebelum solat Subuh," menurutnya.
Keenam, ruangan Mataaf adalah terhad kepada jemaah umrah sahaja.
"Pada masa ini kemasukan ke Mataaf hanya dibenarkan untuk jemaah umrah yang membawa Permit Umrah yang sah dan untuk tujuan tawaf sahaja," tambah jabatan itu.
Ketujuh, larangan menyentuh Kaabah, Hajar Aswad dan Solat dalam Hateem.
"Pada masa ini, terdapat sekatan untuk menyentuh Kaabah, Hajar Aswad dan solat di dalam Hateem sebagai langkah berjaga-jaga terhadap penularan COVID-19", katanya.
Setakat 12 tengahari ini, Arab Saudi merekodkan 3,555 kes positif baharu dengan tiga kematian, dengan jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 8,950 kes, di negara yang mencatatkan 702,624 kes jangkitan setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 04 2022
Kehadiran bilangan tinggi pengunjung di Dua Masjid Suci itu dijangka berterusan sehingga akhir Ramadan akan datang. - Foto AP
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Video ‘throwback’ momen Shuib bersama Siti Sarah di Mekah buat netizen rindu
Antara momen yang dikongsikan di video tersebut memperlihatkan pasangan itu sedang berjalan di dalam Masjidil Haram sambil berbual.
Pasukan pengakap Arab Saudi dikerah bantu jemaah haji
Antara tugasan yang mereka lakukan ialah mengedar peta terperinci dan interaktif untuk membantu jemaah.
Hospital, pusat kesihatan Arab Saudi siap sedia untuk musim haji
Hospital dan pusat kesihatan telah melengkapkan semua persiapan untuk melaksanakan pelan organisasi yang telah disediakan.
Tragedi kren tumbang kekal terpahat dalam ingatan
Kejadian kren tumbang yang berlaku pada September 2015 itu mengorbankan lebih 100 jemaah dan mencederakan lebih 230 lagi.
2.5 juta jemaah berhimpun di Masjidil Haram, penuhi hampir segenap ruang Kota Mekah
Para jemaah memenuhi saf di Masjidil Haram dan melimpah keluar hingga lebih satu dan dua kilometer dari kawasan masjid.
25,000 permaidani baharu dipasang di Masjidil Haram sempena Ramadan
Sebanyak 50 tempat mengambil wuduk juga disediakan untuk kegunaan di dalam masjid dan 3,000 tandas di halamannya.
Projek 'Designing Future Vision' bawa mesej kesederhanaan Islam di Tanah Suci
Ia diumumkan Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais, dalam misinya mencapai kepemimpinan yang cemerlang melalui program berunsur keagamaan.
Jemaah haji melontar dalam keadaan cuaca panas terik
Lebih 1.8 juta jemaah haji menunaikan ibadah itu pada tahun ini dalam musim haji pertama tanpa sekatan sejak penularan COVID-19.
Jutaan jemaah sambut malam ke-27 Ramadan di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
Jutaan jemaah dari seluruh dunia berkumpul di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada malam ke-27 Ramadan untuk menunaikan ibadah tarawih dan amalan berkaitan.
Lebih 19 juta jemaah umrah kunjungi Masjidil Haram sepanjang 20 hari Ramadan
Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), statistik yang dikeluarkan jabatan itu hari ini menunjukkan bilangan jemaah yang mengunjungi Masjidil Haram mencecah 19,608,573 orang sehingga semalam.