SINGAPURA: Singapura mengesan dua lagi kes positif COVID-19 varian Omicron pada ujian awal, dengan satu kes tempatan melibatkan pekerja barisan hadapan lapangan terbang dan satu kes import.
"Kedua-dua kes sudah lengkap divaksin dan menerima suntikan penggalak. Satu bergejala manakala satu lagi mempunyai simptom tidak ketara," kata Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat Khamis.
Kementerian berkata kedua-dua kes itu semakin pulih dan ditempatkan di wad pengasingan di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID).
MOH kini menjalankan pengesanan kontak yang agresif untuk mengekang kes-kes itu.
Kes pertama ialah seorang wanita Singapura berusia 24 tahun yang merupakan kakitangan perkhidmatan penumpang di Terminal 1 dan 3 Lapangan Terbang Changi, dan pernah bekerja di bahagian penumpang transit.
Beliau mungkin berinteraksi dengan penumpang transit dari negara terjejas Omicron, menurut kenyataan itu.
Dilabel sebagai Kes 276363, KKM berkata beliau tidak bekerja di Terminal 4, tempat tiga kes jangkitan Omicron sebelum ini berada.
Petugas itu menjalani ujian COVID-19 pada 8 Dis sebagai sebahagian daripada Ujian Rutin Terdaftar (RRT) mingguan untuk pekerja barisan hadapan sempadan, dan keputusan ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) menunjukkan S-gene Target Failure, yang mungkin dikaitkan dengan varian Omicron, katanya.
Kes kedua yang dilabelkan sebagai Kes 276223, ialah seorang wanita pemastautin tetap Singapura berusia 46 tahun yang pulang ke Singapura melalui Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) dari Jerman dengan menaiki Singapore Airlines SQ325 pada 6 Dis.
"Ujian pra-berlepasnya di Perancis pada 4 Dis adalah negatif COVID-19.
"Sebaik tiba di Singapura, ujian PCRnya pada 6 Dis kembali negatif.
"Pada 7 Dis, dia mengalami hidung berair dan mendapatkan rawatan perubatan pada 8 Dis.
Wanita itu disahkan positif jangkitan COVID-19 pada hari yang sama, dan disahkan menunjukkan S-gene Target Failure pada 9 Dis, katanya.
Singapura pada Isnin (6 Nov) mengesahkan varian Omicron yang dikesan dalam dua kes pertama COVID-19 import, yang pada mulanya disyaki sebagai pembawa varian itu.
Keputusan ujian pengesahan untuk satu lagi kes import yang dilabel sebagai Kes 273611 belum selesai, katanya.
"Memandangkan kebolehjangkitannya yang tinggi dan tersebar ke banyak bahagian dunia, kita seharusnya bersedia melihat lebih banyak kes Omicron di sempadan dan juga dalam komuniti kita," kata MOH.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 10 2021
Singapura mengesan dua lagi kes positif COVID-19 varian Omicron pada ujian awal, dengan satu kes tempatan melibatkan pekerja barisan hadapan lapangan terbang dan satu kes import. -Gambar fail
Abraham bantu AC Milan jinakkan Slovan Bratislava
Tuan rumah terlebih dulu ketinggalan hasil sentuhan bintang Amerika Syarikat, Christian Pulisic minit ke-21.
Bukan tugas mudah gantikan 'Tok Guru' dalam Sabah FC - Alto Linus
Katanya, mengekalkan prestasi setiap pemain serta mengekalkan corak permainan itu tugas amat mencabar.
PayNet and AWS shape future-ready talents in financial services
Payments Network Malaysia (PayNet), in partnership with Amazon Web Services (AWS), celebrated the inaugural cohort of Program Akar powered by AWS re/Start, an industry-first initiative designed to equip future leaders with globally recognised cloud skills for Malaysia’s Financial Services Industry (FSI), starting the programme with 100 students in 2024. The pilot programme successfully trained its first 50 students in July with industry-recognised AWS Cloud Practitioner Certifications, training in Digital Payments and focused pathways and mentorships to gain future permanent roles at their target companies. Upon graduation, the programme will commence the next cohort in Q1 of 2025.
PILKADA 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting
Pemilihan Kepala Daerah (PILKADA) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Ramalan 2025: Kesediaan AI dan Kebangkitan Ejen AI
David Irecki, Ketua Pegawai Teknologi APJ di Boomi, membincangkan ramalan 2025 mengenai kesediaan AI dan kebangkitan ejen AI. Beliau juga mengupas kepentingan pengurusan ejen AI oleh kerajaan dan perniagaan, cabaran yang bakal dihadapi, serta amalan AI yang bertanggungjawab dan beretika.
AWANI Pagi: PILKADA 2024: Dinamika politik menuju Indonesia Emas 2045
Fokus AWANI Pagi 27 November 2024 8.30 pagi bersama Farhan Hakimi mengupas berkenaan PILKADA 2024 melihat kepada kawasan panas, pertembungan ideologi termasuk hala tuju ekonomi di bawah konsep Indonesia Emas 2045.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit diniagakan pada 4.4550/4650 berbanding dolar AS yang mengukuh daripada paras 4.4560/4600 di akhir urus niaga semalam.
JPS keluarkan amaran banjir, 30 kampung di Pasir Puteh dijangka terjejas
Antara kampung yang akan terjejas ialah Kampung Baru, Kampung Gong Serapat, Kampung Pasir Puteh, Kampung Gong Chepa dan Kampung Jelor.
Pertahankan legasi, cabaran besar PDIP dan Megawati
Pilkada Jakarta 2024 bagi parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) adalah lebih daripada sekadar pilihan raya kali ini.
Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar, berkata, selepas kekalahan mengejutkan Ganjar Pranowo dan pasangannya dalam Pilihan Raya Presiden Februari lalu, ia menjadi ujian terbesar untuk mempertahankan legasi parti dan kredibiliti Ketua Umum PDIP, Megawati Soekarnoputri sebagai pemimpin.
Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar, berkata, selepas kekalahan mengejutkan Ganjar Pranowo dan pasangannya dalam Pilihan Raya Presiden Februari lalu, ia menjadi ujian terbesar untuk mempertahankan legasi parti dan kredibiliti Ketua Umum PDIP, Megawati Soekarnoputri sebagai pemimpin.
Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Ketua Komisi Pemilihan Umum Republik Indonesia (KPU RI), Mochammad Afifuddin memaklumkan akan memastikan semua daerah di Indonesia bersiap sedia melaksanakan Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 secara serentak yang berlangsung hari ini.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.