Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini melaporkan tambahan 334 kes baharu jangkitan COVID-19 di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 3,252.
Menurut Pengarah Perkhidmatan Perubatan MOH Profesor Madya Kenneth Mak, kes baharu itu menyaksikan tiada kes import manakala 189 mempunyai kaitan dengan beberapa kluster yang telah dinamakan, 23 dikaitkan dengan kes tempatan lain dan 122 tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kluster setakat ini.
"Bagaimanapun, 122 kes ini tidak membayangkan penularan sumber yang tidak diketahui. Jumlah ini akan berkurangan secara progesif dan kami akan mengaitkan mereka dengan kluster sedia ada, iaitu yang membabitkan asrama pekerja asing atau sebaliknya," kata Mak pada taklimat teknikal secara maya Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian COVID-19 dan sidang akhbar di sini.
Mak berkata 98 orang daripada mereka adalah pemegang pas pelawat jangka panjang dan kebanyakannya tidak mempunyai kaitan dengan asrama pekerja terbabit manakala 24 merupakan Warganegara Singapura atau Penduduk Tetap.
"Mereka yang dikaitkan dengan kluster yang telah dinamakan setakat ini hanya dua orang iaitu Warganegara Singapura dan PR. Selebihnya adalah pemegang pas pelawat jangka panjang. Mereka sudah dikaitkan dengan kluster yang telah dinamakan dan kebanyakannya tinggal di asrama pekerja," katanya.
Mengikut data harian yang dikeluarkan MOH sebentar tadi, tiga rakyat Malaysia adalah sebahagian daripada 334 kes baharu yang dilaporkan hari ini.
Seorang daripada mereka dikaitkan dengan Asrama Pekerja S11 yang ketika ini mempunyai 718 kes yang telah disahkan, kluster terbesar di Singapura setakat ini.
Seorang rakyat Malaysia dikaitkan dengan kluster Asrama Pekerja Tampines yang ketika ini mempunyai 55 kes manakala seorang lagi dikategorikan sebagai kes tempatan yang tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kluster.
Kluster asrama pekerja di Jalan Kubor yang membabitkan enam rakyat Malaysia dan seorang PR Singapura, kesemuanya adalah pemegang pas kerja Singapura, hari ini menambah satu lagi kes positif membabitkan seorang lelaki rakyat Singapura berusia 28 tahun.
Setakat Selasa, Singapura telah mengenal pasti hanya satu kluster baharu di PPT Lodge 1A di 8 Seletar North Link dengan 11 kes yang disahkan.
Republik itu turut melaporkan kematian ke-10 akibat COVID-19 membabitkan seorang lelaki rakyat Singapura berusia 70 tahun yang disahkan dijangkiti virus itu pada 6 Mac.
Ketika mengemas kini kes yang disahkan, MOH berkata 25 kes telah pulih daripada jangkitan dan telah dibenarkan keluar dari hospital atau kemudahan isolasi komuniti, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh setakat ini ialah 611 orang.
Daripada sejumlah 1,315 kes yang disahkan dan masih dirawat di hospital, kebanyakan adalah stabil atau semakin pulih manakala 28 berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.
MOH berkata 1,316 kes yang secara klinikal adalah sihat tetapi masih diuji positif COVID-19 telah diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.
Setakat tengah hari, kementerian itu mengenal pasti sejumlah 30,646 kontak rapat yang telah dikuarantin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 14 2020
MOH berkata 1,316 kes yang secara klinikal adalah sihat tetapi masih diuji positif COVID-19 telah diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti. - Gambar REUTERS
Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Menteri Ekonomi menyatakan langkah tersebut pada sesi jawab lisan.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air.
[INFOGRAFIK] Tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Berikut adalah info berkenaan dengan tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi kemahiran dan keupayaan sosial.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya, seperti mahkamah syariah, pegawai penguatkuasa agama dan peguam syarie.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari bukti hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Dewan Rakyat: Langkah meknoktahkan kemisikan tegar di Sabah antara tumpuan hari ini
Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
Ancaman keganasan di Asia Tenggara bersifat sederhana rendah - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ancaman keganasan masih wujud di rantau Asia Tenggara namun ia bersifat sederhana rendah.
Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Malaysia menanggung kerugian lebih RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 setakat 11 Jun lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
TPR positif COVID-19, prosiding bela diri Dr Roland ditangguh ke 23 Sept
Pada 5 Julai 2021, Dr Roland didakwa atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video bersifat jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di Facebook.
Sarawak mahu lebih ramai kontraktor Bumiputera kelas lebih tinggi - Uggah
Kerajaan bukan setakat mahu melihat lebih ramai kontraktor Bumiputera berjaya malah pada masa sama mahu menambah bilangan mereka berdaftar dalam kelas yang lebih tinggi.
KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat
Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan perincian semakan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 dalam waktu terdekat.
Dulu jurutera, sekarang usahawan cili
Srinath tinggalkan kerjaya sebagai jurutera perisian kerana mahu beri tumpuan pada tanaman cili secara fertigasi.
Bantu anak-anak istimewa autisme, fahami kekurangan mereka
Suara jeritan diikuti dengan tangisan membuatkan beberapa orang pelanggan Tong Kayu Cafe, Bayan Lepas (Pulau Pinang) berhenti makan sambil menghalakan pandangan ke arah wanita itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.