WUHAN: Pihak berkuasa di Wuhan akan membuat saringan COVID-19 kepada seluruh 11 juta populasi bandar itu.

Ia selepas terdapat jangkitan tempatan pertama dicatatkan lebih setahun di bandar yang dikatakan pencetus kemunculan virus COVID-19.

Pihak berkuasa tempatan melaporkan pada Isnin, tujuh jangkitan tempatan dilaporkan dalam kalangan pekerja asing di bandar itu.

Ia sekali gus merupakan rekod baharu sepanjang tahun tanpa kes domestik.

Serentak itu, sebahagian zon industri dan teknologi ditutup.

Kes di Wuhan ini mirip jangkitan di bandar-bandar berdekatan seperti Jingzhou dan Huanggang sejak Sabtu.

Jangkitan itu didakwa berpunca dari wilayah Nanjing pada akhir Julai.

Ia berkemungkinan besar varian Delta yang dikatakan berpunca daripada penerbangan dari Rusia.

China melaksanakan kawalan pergerakan dan melancarkan ujian besar-besaran beberapa hari kebelakangan ini.

Pada Selasa, 61 kes tempatan dilaporkan.