COVID-19: Selepas sebulan bebas jangkitan, kluster baharu dikesan di Wuhan

Astro Awani
Mei 11, 2020 23:28 MYT
Sejumlah lima kes baharu dilaporkan di Wuhan dengan kes pertama dikesan 3 April lalu. -Gambar fail/Bernama
WUHAN, pusat penularan wabak COVID-19, mencatat kluster jangkitan baharu.
Sejumlah lima kes baharu dilaporkan dengan kes pertama dikesan 3 April lalu.
Menurut pihak berkuasa, kluster kecil kes baharu itu melibatkan penduduk dari kawasan kejiranan yang sama.
Kluster kecil Wuhan ini adalah yang pertama dilaporkan sejak China melonggarkan sekatan pada 8 April.
China melonggarkan sekatan sejak beberapa minggu lalu selepas mencatat penurunan kes jangkitan.
Bagaimanapun, pihak berkuasa dan pakar kesihatan memberi amaran, risiko jangkitan kembali menular adalah tinggi selepas kerajaan melonggarkan sekatan.
#China #COVID-19 #kejiranan yang sama #kes baharu #kluster kecil #koronavirus #longgar sekatan #risiko jangkitan #Wuhan