Di Portugal, orang awam mempunyai cara mereka sendiri dalam mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan mereka.
Setiap hari pada jam 10 malam, orang ramai memberi tepukan gemuruh buat petugas kesihatan yang telah bertungkus lumus bekerja dan bertugas sepanjang masa untuk membantu menangani penularan wabak itu.
Dalam kegelapan malam, bunyi tepukan gemuruh itu kuat didengari di beberapa lokasi terutamanya kawasan perumahan di negara itu.
Ia tercetus apabila warganet bersolidariti menyatakan penghargaan mereka kepada semua petugas kesihatan.
Seperti negara lain, kerajaan Portugal turut mengarahkan rakyatnya agar mengurangkan aktiviti luar serta tidak menggalakkan penglibatan diri di tempat yang sering ditumpu masyarakat.
BACA: COVID-19: Bagaimana China berjaya turunkan jumlah jangkitan secara mendadak
Ia termasuk pengasingan diri, penutupan sekolah, akses terhad kepada pusat membeli-belah dan kawasan rekreasi yang lain.
Malah, aktiviti lawatan ke hospital dan rumah persaraan juga dikurangkan secara beransur-ansur.
Setakat ini, Portugal mencatatkan 169 kes COVID-19 di seluruh negara.