GENEVA: Pandemik COVID-19 telah meragut nyawa 336.8 orang di seluruh dunia, menurut data baharu Pertubuhan Kesihatan Sedunia, lapor Jerman agensi berita Jerman (dpa).

WHO mengaitkan sejumlah 14.9 juta kematian akibat COVID-19 pada 2020 dan 2021 sahaja.

Anggaran itu diterbitkan di dalam buku tahunan statistik WHO, yang disiarkan pada Jumaat.

Menurut WHO, pandemik COVID-19 juga memberi kesan negatif terhadap usaha global menentang penyakit berjangkit lain kerana vaksinasi dan perkhidmatan kesihatan lain terganggu.

Akibatnya, kadar vaksinasi terhadap campak, tetanus dan penyakit lain telah menurun, manakala penyakit malaria dan batuk kering telah meningkat, menurut WHO.

-- BERNAMA