PORTUGAL akan memulakan proses vaksinasi kanak-kanak berumur lingkungan lima hingga 11 tahun pada 18 dan 19 Dis ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Antonio Lacerda Sales mengumumkan pada Jumaat, keutamaan akan diberikan kepada kumpulan umur tinggi dan diikuti dengan kumpulan umur paling muda.

Vaksinasi bagi golongan ini disambut baik oleh ibu bapa di Lisbon.

Menurut pihak berkuasa kesihatan, lebih 90 peratus daripada kumpulan umur 12 hingga 17 tahun telah menerima suntikan vaksin COVID-19. 

Portugal dianggap negara contoh apabila hampir 90 peratus penduduknya yang layak menerima suntikan telah lengkap divaksin. 

Walaupun jangkitan harian baharu negara telah meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini, tidak ada tekanan pada sistem kesihatannya.

Selasa lalu, Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge berkata, ada kemungkinan kadar jangkitan COVID-19 meningkat "dua hingga tiga kali" lebih tinggi dalam kalangan kanak-kanak berbanding populasi lebih umum.

Selain membantu mencegah jangkitan dalam kalangan ahli keluarga, pemberian vaksin kepada kanak-kanak boleh membantu mengelakkan penutupan sekolah dan pembelajaran di rumah, kata Kluge.