SYARIKAT farmaseutikal Pfizer sedang memantau varian COVID-19 baharu yang berasal dari India.
Ketua pegawai eksekutifnya, Albert Bourla melahirkan keyakinan bahawa vaksin keluaran syarikatnya dapat menangani kemunculan varian baharu tersebut.
Bourla berkata, syarikatnya telah membangunkan proses yang membolehkannya menghasilkan vaksin baharu dalam 100 hari untuk mengatasi varian yang lebih kuat.
"Sekarang kita memerhatikan varian yang baharu di India dan saya juga tidak memiliki data untuk itu. Saya merasa optimis bahawa kita seharusnya dapat menanganinya.
"Perkara yang membuatkan saya rasa lebih lega adalah, kita telah membangunkan proses di mana jika sesuatu varian menjadi ancaman, kita boleh mendapatkan vaksin baharu dalam masa 100 hari," katanya di Puurs, Belgium pada Jumaat.
Ditanya mengenai harga vaksin Pfizer dan strategi penentuan harga syarikat, Bourla enggan memberikan sebarang angka.
Namun beliau berkata, harga vaksin setara dengan kos satu hidangan makanan.
Jelasnya, harga vaksin adalah berbeza mengikut negara dan beliau berikrar akan menyesuaikan harga untuk memberikan akses yang adil kepada semua negara.
Terdahulu, Bourla menerima kunjungan Ketua Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen ke kilang pengeluaran vaksin Pfizer di Puurs.
Turut hadir, Perdana Menteri Belgium Alexander De Croo.
Pada lawatan itu, Bourla mengumumkan bahawa blok 27 negara itu berada di landasan yang tepat untuk memvaksinasi sebahagian besar populasi dewasanya pada Julai, kira-kira dua bulan lebih awal dari jadual.
Von der Leyen juga mengumumkan bahawa kontrak baru diharapkan dapat disiapkan dalam waktu terdekat, dengan perjanjian untuk menyediakan 1.8 bilion dos vaksin Pfizer dalam tempoh antara 2021-23.
Astro Awani
Fri Apr 23 2021

Albert Bourla membuat kenyataan ketika menerima kunjungan hormat Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen ke syarikat farmasi Pfizer di Puurs, Belgium, 23 April, 2021. (Foto AP)

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Perusuh cetuskan keganasan semasa sambutan kemenangan pasukan kriket India
Kejadian berlaku di bandar Dr Ambedkar Nagar, kira-kira 25km dari bandar komersial Indore dan 200 km dari ibu negeri Bhopal.

India tegaskan tiada kepentingan untuk lemahkan dolar AS
Jaishankar sifatkan dolar AS sebagai sumber kestabilan ekonomi antarabangsa dan tegaskan, India tiada sebarang dasar untuk menggantikan dolar.

Umat Islam di Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, India sambut Ramadan mulai Ahad
Jawatankuasa Penglihatan Bulan Kebangsaan Bangladesh di Masjid Negara Baitul Mukarram, Dhaka mengumumkan bahawa anak bulan telah kelihatan.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.

Dasar perdagangan AS akibatkan kerugian AS$196 bilion di pasaran saham India
Pelabur ekuiti kehilangan sekitar 17 trilion rupee India (AS$196 bilion) berikutan ketidaktentuan berterusan mengenai dasar perdagangan dan tarif Amerika Syarikat (AS).

TEKUN RM100 juta: Selepas 14 hari dilancarkan, 143 usahawan India terima RM3.6 juta - Ramanan
Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, jumlah tersebut telah disalurkan kepada usahawan yang memohon dana TEKUN Nasional.

7 maut dalam insiden pentas runtuh di utara India
Beberapa wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa dalam kejadian yang berlaku di daerah Baghpat, Uttar Pradesh.

India dan China bersetuju mulakan semula penerbangan terus
Kedua-dua negara memutuskan "untuk mengambil beberapa langkah berfokuskan rakyat bagi menstabilkan dan membina semula hubungan."