LIMA: Peru menguatkuasakan semula pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup dan terbuka susulan jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat, pada Isnin.

Menteri Kesihatannya, Jorge Lopez berkata, keputusan itu dibuat kerana peningkatan jangkitan telah melebihi lima peratus.

Peningkatan itu dianggap sebagai gelombang keempat koronavirus yang melanda negara tersebut.

Pada Mei lalu, Peru telah menarik balik arahan pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka.

Sementara itu, pihak berkuasa juga mengesahkan 12 kes baharu cacar monyet dikesan.

Ini menjadikan jumlah kumulatif cacar monyet di negara itu sebanyak 15 kes sejak kes pertama dikesan seminggu lalu.