China mengenakan perintah berkurung di daerah Anxin dalam wilayah Hebei selepas 18 kes baharu COVID-19 dikesan sejak penularan kluster pasar borong di Beijing dilaporkann beberapa minggu lalu.

Pihak berkuasa China mengumumkan daerah itu akan ditutup dan dikawal sepenuhnya bermula Ahad bagi membendung gelombang kedua kes positif COVID-19.

Ia dijangka menjejaskan kehidupan lebih 400,000 penduduk yang tinggal bersempadan dengan Beijing.

Penguatkuasaan tersebut adalah sama seperti yang dilakukan di Wuhan sebelum ini, bandar yang didakwa tercetusnya penularan pandemik membunuh itu.

Dengan perintah terbaharu ini, ia bermakna hanya pekerja bagi beberapa sektor utama yang dibenarkan keluar rumah dan hanya ketua rumah dibenarkan untuk keluar membeli barangan keperluan.




Sejak penularan COVID-19 di China akhir tahun lalu, republik itu berjaya mencatatkan penurunan kes dari semasa ke semasa.

Untuk mengelakkan berlakunya gelombang kedua, langkah kecil diambil serius oleh pihak berkuasa kesihatan negara itu.

Untuk rekod, Anxin terletak kira-kira 150 kilometer dari selatan Beijing.

BACA: Penularan COVID-19 di Beijing kini terkawal