LOS ANGELES: Subvarian Omicron baharu kini merebak di Amerika Syarikat (AS) dan telah mencetuskan kebimbangan mengenai penularannya yang tinggi selain gejala baharunya.
Subvarian XBB.1.16 yang dirujuk sebagai "arcturus", bertanggungjawab untuk 9.6 peratus kes COVID-19 semasa di negara ini, meningkat daripada 5.7 peratus minggu sebelumnya, menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, lapor Xinhua.
Subvarian Omicron XBB.1.5 kekal sebagai strain dominan di AS dan menyumbang 73.6 peratus daripada kes baharu COVID-19.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menaikkan XBB.1.16 sebagai varian baharu yang perlu diberikan perhatian.
Strain baharu itu mula dikesan pada Januari dan sejak itu telah ditemukan di lebih 30 negara. WHO sedang memantau XBB.1.16, yang menyumbang kepada lonjakan kes COVID-19 baru-baru ini di India.
Pakar memberi amaran bahawa peratusan XBB.1.16 dijangka meningkat di AS dalam beberapa minggu akan datang, yang berkemungkinan menjadi jenis koronavirus dominan seterusnya di negara itu.
XBB.1.16 mempunyai mutasi yang menjadikannya lebih mudah menular, lebih mudah dijangkiti, dengan peningkatan dikesan dalam kalangan kanak-kanak, menurut Neha Narula dari Stanford Health Care.
"Kita masih mengesan sakit tekak, batuk, demam, dengan mengesan simptom baharu yang menyaksikan lebih ramai pesakit kanak-kanak dan dewasa mengalami konjunktivitis atau lebih dikenali sebagai - mata merah jambu," kata Narula kepada CBS.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 27 2023
Subvarian XBB.1.16 yang dirujuk sebagai "arcturus" bertanggungjawab untuk 9.6 peratus kes COVID-19 semasa di AS, meningkat daripada 5.7 peratus minggu sebelumnya. -Gambar hiasan/Reuters
Pelabur China sasar peluang pelaburan di Labuan - Dr Zaliha
Beberapa firma perindustrian di China menyasarkan peluang pelaburan di Labuan terutama dalam sektor kewangan dan pembangunan di pulau berkenaan sekali gus menggariskan potensi Labuan sebagai hab ekonomi yang berdaya maju di Asia.
Jadual padat menanti PM Anwar
Untuk hari ini, Perdana Menteri memulakan lawatan kerja dengan menyampaikan ucaptama di majlis pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China ke-7 di Pameran dan Konvensyen Kebangsaan Shanghai.
AWANI Ringkas: Susulan kes dadah rakyat Malaysia di Thailand
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel serang sasaran Hezbollah di Damsyik
Tentera Udara Israel menyatakan bahawa mereka telah menyerang aset perisikan Hezbollah berhampiran Damsyik pada Isnin, menyasarkan infrastruktur utama di Syria yang menurut pihak Syria melibatkan tapak awam.
Menurut kenyataan Tentera Udara Israel di platform X, ibu pejabat perisikan Hezbollah mempunyai cabang di Syria yang terdiri daripada jaringan pengumpulan, penyelarasan, dan penilaian perisikan.
Menurut kenyataan Tentera Udara Israel di platform X, ibu pejabat perisikan Hezbollah mempunyai cabang di Syria yang terdiri daripada jaringan pengumpulan, penyelarasan, dan penilaian perisikan.
Bursa Saham Tokyo lanjut waktu dagangan kali pertama dalam 70 tahun
Bursa Saham Tokyo (TSE) melanjutkan waktu dagangan biasa sebanyak 30 minit bermula Selasa sebagai sebahagian daripada usaha untuk menjadikan bursa lebih menarik kepada pelabur asing.
UK mulakan percubaan kerja 4 hari seminggu
UK semalam memulakan percubaan pertama minggu kerja empat hari di mana hasil dapatannya nanti akan dibentangkan kepada Parlimen pada musim panas tahun depan.
India denda 60,000 pemilik kenderaan
Pihak berkuasa di ibu negara India dan kawasan sekitarnya mengenakan denda terhadap beribu-ribu pemilik kenderaan serta tapak pembinaan kerana melanggar peraturan pencemaran.
Korea Utara lancar peluru berpandu ke laut timur
Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah Laut Timur pada Selasa, menurut tentera Korea Selatan.
Ketua Turus Bersama (J-C-S) Korea Selatan mengesan pelancaran tersebut pada sekitar jam 7:30 pagi dari kawasan Sariwon di Wilayah Hwanghae Utara, di bahagian barat negara itu.
Ketua Turus Bersama (J-C-S) Korea Selatan mengesan pelancaran tersebut pada sekitar jam 7:30 pagi dari kawasan Sariwon di Wilayah Hwanghae Utara, di bahagian barat negara itu.
Ribut tropika Kristine: Malaysia berdiri teguh bersama Filipina - PM Anwar
Malaysia berdiri teguh bersama Filipina dan telah memberikan bantuan kemanusiaan bagi meringankan penderitaan dihadapi penduduk susulan ribut tropika Kristine yang melanda negara itu.
Tentera Sepanyol dikerah di Valencia ketika rakyat marah
Seramai 2,500 anggota tentera tiba di bahagian timur Sepanyol yang dilanda banjir pada Isnin untuk memperkuat usaha mencari mangsa dan membersihkan runtuhan.
Sementara itu, pegawai kerajaan saling menuding jari dalam isu pengurusan banjir terburuk dalam beberapa dekad ini, manakala persediaan bantuan kecemasan sedang disiapkan.
Sementara itu, pegawai kerajaan saling menuding jari dalam isu pengurusan banjir terburuk dalam beberapa dekad ini, manakala persediaan bantuan kecemasan sedang disiapkan.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.
Pusat Kawalan Penyakit Negara dijangka siap sepenuhnya 2026
Pembinaan Pusat Kawalan Penyakit Negara (NCDC) kini mencapai 45 peratus kemajuan dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2026.
Rai ulang tahun ke-125, alumni Convent Bukit Nanas anjur majlis makan malam 2 November
Sejak pandemik COVID-19 bermula, Persatuan Alumni Convent Bukit Nanas (CBN) memulakan inisiatif memberi sokongan kepada pelajar terkesan dengan melancarkan program bantuan untuk pelajar B40.