Pelaksanaan kaedah pemutus rantaian yang ketat bagi membendung penularan COVID-19 di Singapura telah menunjukkan kesan positif, namun republik itu tidak boleh terleka, kata Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong.
"Kita mesti mengambil langkah yang tegas untuk memutuskan rantaian transmisi itu," katanya yang juga pengerusi bersama pasukan petugas pelbagai kementerian bagi menangani COVID-19 pada Selasa.
Pemutus rantaian yang dilaksanakan selama sebulan bagi membendung penyebaran COVID-19 di Singapura itu bermula pada 7 April, memasuki minggu ketiga, minggu ini.
Sementara itu, Menteri Kesihatan yang juga pengerusi bersama pasukan petugas itu, Gan Kim Yong berkata jumlah kes baharu dalam komuniti berkurangan kepada purata 29 kes sehari minggu lepas berbanding purata 39 kes sehari pada minggu sebelumnya.
"Apa yang membimbangkan ialah kes yang tiada kaitan dalam komuniti yang tidak berkurangan, dengan purata 20 kes setiap hari," katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada Selasa mengumumkan langkah pemutus rantaian yang dijadualkan berakhir pada 4 Mei akan dilanjutkan selama empat minggu lagi sehingga 1 Jun 2020.
Pada 20 April, Singapura melaporkan peningkatan jumlah kes harian tertinggi iaitu 1,426, dengan 37 peratus masih menunggu pengesanan kontak.
Setakat 12 tengah hari tadi, Singapura mengesahkan pertambahan 1,111 kes jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 9,152 kes.
Pelanjutan pemutus rantaian itu bertujuan memastikan jika berlaku sebarang kebocoran daripada kluster asrama kepada komuniti yang lebih besar, ia boleh dikesan dan dibendung pada peringkat awal selain mencegah daripada berlakunya kluster baharu dan berada di luar kawalan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 21 2020
Lee Hsien Loong pada Selasa mengumumkan langkah pemutus rantaian yang dijadualkan berakhir pada 4 Mei akan dilanjutkan selama empat minggu lagi sehingga 1 Jun 2020. - PMO Singapore
Dasar Kanak-Kanak Negara baharu pastikan suara kanak-kanak didengar
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM) hari ini melancarkan Dasar Kanak-Kanak Negara yang baharu sebagai salah satu langkah memperkukuhkan usaha menjaga kebajikan kumpulan berkenaan.
Sistem Imigresen Bersepadu Nasional dijangka siap pada 2028 - KP Imigresen
Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) yang dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI) dijangka siap sepenuhnya pada 2028.
[TERKINI] Penjawat awam Kedah dapat bonus RM2,000
Kerajaan negeri Kedah mengumumkan bantuan khas sebanyak RM2,000 kepada penjawat awam di negeri itu sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan dan sumbangan mereka.
Polis tembak polis kerana pengusaha lombong haram
Insiden polis menembak rakan setugas berlaku lagi di Indonesia, kali ini terjadi di balai polis Solok Selatan, Sumatera Barat.
Jurang antara generasi perlu difahami oleh ibubapa dan anak-anak
"Generation gap" perlu difahami oleh ibubapa dan anak-anak untuk memastikan institusi yang kekal utuh, tegas Dr. Wan Azizah tentang hubungan keluarga. Beliau menegaskan bahawa anak-anak perlu dilindungi dari sebarang bentuk penderaan, pengabaian atau penganiayaan.
#AWANInews
#AWANInews
Anak-anak teras kekuatan saya ketika PMX dipenjara - Wan Azizah
Dr. Wan Azizah berkongsi tentang teras kekuatan beliau ketika diuji adalah anak-anak. Beliau menambah bahawa, ketika suaminya dipenjara, beliau mempersoalkan diri sendiri "apakah saya berupaya?". Namun, anak-anaklah yang memberi kekuatan untuk beliau demi masa depan mereka. Beliau menegaskan betapa pentingnya didikan dan perhatian ibubapa terhadap anak-anak.
#AWANInews
#AWANInews
"Jangan takut untuk bermimpi besar, dunia ini adalah milik anda" - Nancy
Menteri KPWKM, Nancy Shukri menyatakan kepentingan komuniti dalam menjaga keselamatan kanak-kanak dan menjadi mata dan telinga dengan segera membantu melaporkan kes yang melibatkan mereka kepada pihak berkuasa. Beliau juga menyeru sektor swasta untuk terus menyokong melalui program 'CSR' untuk kanak-kanak yang memerlukan bantuan.
#AWANInews
#AWANInews
"Anak-anak yang hadir, hari ini adalah hari anda" - Nancy Shukri
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri memberikan ucapan sempena Sambutan Hari Kanak-kanak Kebangsaan 2024. Tema "Dengarlah Suara Kami" adalah selari dengan tema diperingkat antarabangsa iaitu "Listen to the future". Beliau juga memberi penekanan bahawa pandangan dan harapan kanak-kanak wajar diambil kira dalam perancangan dasar, pendidikan dan pembangunan negara.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Ringkas: China lanjut pengecualian visa pelancong rakyat Malaysia 30 hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis buru lelaki curi jam tangan Rolex di Subang Jaya
Jam Rolex Datejust 36 Oyster-Steel and Yellow Gold jam dicuri individu yang menyamar sebagai pelanggan semasa kedai berkenaan sedang dibuka.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.