BRITAIN pada Khamis meluluskan vaksin dua dos Novavax untuk kegunaan individu dewasa, menjadikan ia vaksin kelima yang digunakan di negara itu.
Ia juga sebagai langkah mengekang penularan varian Omicron yang menyaksikan peningkatan kes harian mendadak di negara itu.
Vaksin yang dinamakan Nuvaxovid itu diluluskan untuk kegunaan individu berumur 18 tahun ke atas di Britain selepas memenuhi piawaian keselamatan, kualiti dan keberkesanan yang diperlukan.
Perkara itu dijelaskan Agensi Pengawalseliaan Produk Ubat dan Penjagaan Kesihatan (MHRA) United Kingdom dalam satu kenyataan.
Kelulusan diberikan beberapa hari selepas pengeluar ubat itu memohon kebenaran Amerika Syarikat selepas berbulan-bulan bergelut dengan masalah pembangunan dan pembuatan.
Ia juga selepas kelulusan di Eropah pada Disember lalu, yang juga ditangguhkan.
Pada 2020, pentadbiran kerajaan Britain dan Novavax bersetuju membekalkan 60 juta dos dan menjalinkan kerjasama dalam ujian peringkat akhir vaksin tersebut di negara itu.
Novavax mula menghantar bekalan vaksin ke Kesatuan Eropah pada Januari, dengan 27 juta dijangka tiba pada suku pertama dan 42 juta pada suku kedua.
Sebelum ini, vaksin yang diluluskan untuk kegunaan di UK ialah keluaran AstraZeneca-Oxford, Pfizer-BioNTech, Moderna and Johnson & Johnson.
Negara itu kini merekodkan jumlah kes COVID-19 ketujuh tertinggi di dunia, menurut Reuters.
Data kerajaan menunjukkan, terdapat 88,171 kes baharu yang dilaporkan pada Khamis.
Astro Awani
Fri Feb 04 2022
Vaksin Nuvaxovid keluaran Novavax diluluskan untuk kegunaan dewasa di Britain. REUTERS
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Konvoi motosikal untuk solidariti kepada Gaza
Langsung dari Rosco Cage, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur di mana Wartawan Faida Rahim bersama tetamu, Muhammad Aiman Mohd Zain, MyCare Malaysia di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diganasi rejim Israel.
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Seramai tiga orang subkontraktor terkandas di kren pengangkat (skylift) yang rosak ketika melakukan kerja pemasangan papan tanda kedai di Wisma Taiko, berhadapan Ipoh Padang, malam tadi.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
Menjelang setahun serangan Israel, Rosco anjur konvoi solidariti untuk Gaza
Rosco menganjurkan konvoi motorsikal jenis Cafe Racer di sekitar Lembah Klang sebagai tanda solidariti perjuangan rakyat Palestin.
Vaksin COVID-19: Novavax berkesan terhadap remaja
Novavax dijangka memohon penggunaan vaksin tersebut kepada remaja berusia 12 tahun dan akan memulakan kajian terhadap kanak-kanak pula.
COVID-19: Nuvaxovid vaksin kelima diluluskan Britain
Vaksin Nuvaxovid diluluskan selepas memenuhi piawaian keselamatan, kualiti dan keberkesanan yang diperlukan.
Australia lulus vaksin Novavax hadapi gelombang Omicron
Australia meluluskan penggunaan vaksin Novavax untuk individu berumur 18 tahun ke atas pada Isnin, menjadikannya vaksin COVID-19 keempat selepas AstraZeneca, Moderna dan Pfizer.
Vaksin COVID-19: Novavax mula pembuatan vaksin khas lawan Omicron Januari ini
Novavax akan memulakan pembuatan komersial vaksin COVID-19 yang dikhaskan buat varian Omicron bermula Januari depan.
Vaksin COVID-19: Novavax menunjukkan keberkesanan lebih 90 peratus
Data peringkat akhir ujian klinikal vaksin COVID-19, Novavax yang dijalankan di Amerika Syarikat menunjukkan lebih daripada 90 peratus keberkesanan terhadap virus itu.
COVID-19: Vaksin tetap beri perlindungan walau keberkesanan rendah terhadap mutasi baharu
Pakar penyakit berjangkit terkemuka Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci memberi saranan, bagi memastikan vaksin tersebut lebih berkesan, bilangan orang yang divaksin perlu ditingkatkan.
UK luluskan pembelian 90 juta lagi dos vaksin COVID-19
Kerajaan UK telah meluluskan pembelian 90 juta lagi dos vaksin COVID-19 oleh syarikat Janssen dan Novavax.