LONDON:Datuk Bandar London mengisytiharkan bandar itu kini kritikal dalam merawat pesakit COVID-19 susulan tekanan yang dialami di hospital-hospital bandar itu.

Sadiq Khan menyifatkan ia sebagai "insiden buruk" selepas penularan varian baharu yang memaksa pihak hospital ke tahap paling maksimum. 

Ia selepas peningkatan pesakit COVID-19 di bandar itu sehingga 27 peratus dalam seminggu hingga 6 Januari lalu.

Menurut Jabatan Statistik Nasional negara itu, satu daripada 30 orang di London disahkan positif dalam tempoh berkenaan.

Malah Britain turut merekodkan 1,325 kes kematian akibat COVID-19 pada Jumaat, dan ia merupakan jumlah kes kematian tertinggi sejak bermulanya pandemik di negara itu.