COVID-19: Korea Selatan catat 169 kes baharu
Agensi
Februari 26, 2020 10:13 MYT
Februari 26, 2020 10:13 MYT
Korea Selatan mencatatkan 169 kes terbaharu COVID-19 pada Rabu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan melonjak kepada 1,146.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit negara itu, 134 kes dilaporkan di bandar Daegu di mana sebuah gereja dilaporkan menjadi pusat penularan jangkitan.
Wabak COVID-19 yang berasal dari wilayah Hubei di China kini merebak ke beberapa wilayah di Korea Selatan.
Jumlah kes mangsa yang dijangkiti wabak di Korea Selatan meningkat mendadak dalam beberapa hari lalu.