Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa bersetuju untuk mengenakan sekatan perjalanan terhadap warga asing yang masuk ke Eropah selama 30 hari bagi mengekang penularan COVID-19.
Mereka juga bersetuju untuk menubuhkan laluan pengangkutan pantas untuk memastikan peralatan perubatan, makanan dan barangan penting berjalan lancar di dalam blok negara Eropah.
Jumlah jangkitan positif COVID-19 di Eropah meningkat lebih daripada 60,000 kes dengan lebih 2,700 kematian dicatatkan.
Beberapa kerajaan negara Eropah memperkenalkan beberapa tindakan seperti penutupan sempadan dan kuarantin serta konsultasi.
Para pemimpin negara Eropah berusaha menjalinkan kerjasama yang lebih erat dalam mengekang penularan Covid-19 yang melumpuhkan ekonomi dunia ketika ini.
Presiden Majlis EU Charles Michel berkata, terdapat keperluan mendesak untuk bekerjasama lebih erat dan melakukan segala tindakan yang perlu untuk menangani krisis dan impak pandemik tersebut.
"27 negara EU bersetuju untuk mengenakan sekatan sempadan ke atas pelancong dan perniagaan yang tidak penting, secepat mungkin.
"Penduduk di negara Eropah, beberapa pekerja kesihatan dan pengangkutan akan dikecualikan," katanya pada satu sidang media
Sementara itu, Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula Von Der berkata cadangannya untuk mengadakan sekatan mendapat banyak sokongan daripada negara anggota.
"Pemimpin EU bersetuju menyelaraskan repatriasi warga EU yang terkandas di luar blok tersebut.
Astro Awani
Wed Mar 18 2020

Charles Michel bercakap kepada media selepas mengadakan persidangan video bersama pemimpin G7 di bangunan Majlis EU di Brussels, 16 Mac, 2020. (Foto AP)
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

EU tidak boleh "membuta tuli ikut Washington" - Presiden Majlis Eropah
Pemimpin Eropah semakin menyokong desakan Presiden Perancis Emmanuel Macron supaya menjauhi "autonomi strategik" Amerika Syarikat (AS), kata presiden Majlis Eropah Charles Michel.

Pemimpin EU hampir capai persetujuan pelan rangsangan ekonomi 750b Euro
Ini selepas Presiden Majlis EU Charles Michel membentangkan kompromi untuk mengurangkan jurang antara kumpulan yang bersetuju dan yang tidak.

COVID-19: Kesatuan Eropah laksana sekatan kemasukan 30 hari
EU tubuh laluan pengangkutan pantas untuk peralatan perubatan, makanan dan barangan penting berjalan lancar di dalam negara Eropah

Letupan Brussels: "Ramai yang terkorban, detik hitam bagi Belgium" - PM Belgium
Perdana Menteri Belgium Charles Michel menyifatkan serangan di Lapangan Terbang Brussels dan stesen metro yang menyebakan ramai maut, sebagai "detik hitam" bagi negara berkenaan.

Serangan Paris: Individu paling dikehendaki di Eropah ditahan di Brussels
Salah Abdeslam dikatakan membantu merancang serangan pada 13 November lalu yang mengorbankan 130 orang dan 350 orang lagi cedera.

1 maut, 4 anggota polis cedera dalam operasi buru suspek serangan Paris
Perdana Menteri Belgium, Charles Michel berkata operasi masih diteruskan selepas pertempuran di subbandar Forest di selatan Brussels, sambil menambah bahawa ia ada "kaitan dengan serangan di Paris".