JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 137.05  juta berikutan pertambahan ratusan ribu kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.32 juta kes diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 13.68 juta kes dan 13.51 juta kes.

Negara yang melebihi angka 5 juta kes adalah Perancis manakala Rusia dan United Kingdom merekodkan lebih 4 juta kes.

Sementara Turki, Itali, Sepanyol dan Jerman melebihi tiga juta kes.

Poland, Colombia, Argentina, Mexico dan Iran mencatat lebih 2 juta kes.

Ukraine, Peru, Indonesia, Afrika Selatan dan Belanda pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Manakala Belgium, Filipina, Sweden, Israel dan Portugal pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka positif di bawah 500,000 kes.


Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas.


Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia turut mencatatkan peningkatan sejak 24 jam lepas menjadikan jumlah kumulatif kematian kini melebihi 2.95 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 563,000 kes diikuti Brazil dengan lebih 354,000 kes dan Mexico dengan lebih 209,000 kes.

Manakala India, United Kingdom, Itali dan Rusia pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Perancis, Jerman, Sepanyol, Colombia dan Iran.

Ini termasuk Poland, Argentina, Peru dan Afrika Selatan.

Manakala negara yang mencatatkan antara 20,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Indonesia, Ukraine, Turki, Romania dan Chile.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.