PRESIDEN Korea Selatan, Moon Jae-in memberi amaran pada Ahad akan meningkatan sekatan pergerakan pada tahap tertinggi setakat ini, selepas negara itu merekodkan lonjakan jangkitan kes COVID-19 dua hari berturut-turut.
Mempengerusikan mesyuarat tergempar di Ibu Pejabat Pusat Pencegahan Bencana dan Keselamatan buat pertama kalinya sejak Februari, Jae-in mendesak semua pihak supaya sentiasa mematuhi arahan, menjaga keselamatan dan mengekang penyebaran virus berkenaan.
"Sekiranya wabak ini tidak mampu dikekang sekarang, tiba masanya yang kritikal untuk kita mempertimbangkan meningkatkan langkah-langkah penjarakan sosial kepada tahap 3," katanya di Seoul, merujuk kepada sistem lima lapisan negara itu.
Greater Seoul, yang mempunyai populasi separuh daripada keseluruhan 52 juta penduduk Korea Selatan, ketika ini berada pada sekatan tahap 2.5.
Perhimpunan melebihi 50 orang tidak dibenarkan dan restoran tidak boleh menerima pelanggan selepas pukul 9 malam.
Korea Selatan melaporkan 1,030 kes jangkitan baharu pada Ahad, naik daripada 950 kes pada Sabtu, menjadikan jumlah kumulatif kes di negara itu meningkat kepada 42,766 dengan 530 kematian.
Daripada kes jangkitan baharu tersebut, 1,002 merupakan kes tempatan.
Sekatan tahap 3 bermaksud penutupan atau 'lockdown' untuk pertama kalinya di negara ekonomi keempat terbesar di Asia ini.
Susulan itu, sekolah akan mengadakan pembelajaran secara jarak jauh, syarikat akan mengamalkan langkah bekerja dari rumah dan perhimpunan melebihi 10 orang tidak dibenarkan.
Khairunnisa Kasnoon
Sun Dec 13 2020
![COVID-19: Kes meningkat dua hari berturut, Korea Selatan beri amaran sekatan lebih ketat COVID-19: Kes meningkat dua hari berturut, Korea Selatan beri amaran sekatan lebih ketat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/51597066615_SouthKorea.jpg)
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Korea Selatan terkini adalah sebanyak 42,766, dengan 530 kematian. - Gambar hiasan/REUTERS
AWANI Borneo [16/07/2024] – SUKMA 2024 | Sentiasa berwaspada | Pintu sempadan
AWANI Borneo Selasa, 16 Julai 2024 bersama Fauzi Zin.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Conner Han lulusan IB Nexus diterima ke Oxford Conner Han lulusan IB Nexus diterima ke Oxford](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720660335_tbConnerHanNexus.jpg)
Conner Han lulusan IB Nexus diterima ke Oxford
Lulusan International Baccalaureate (IB), Conner Han dari Nexus International School Malaysia diterima masuk ke Universiti Oxford untuk meneruskan pengajian dalam bidang Kimia.
![Presiden Korea Selatan bincang hubungan Korea Utara-Rusia di sidang kemuncak NATO Presiden Korea Selatan bincang hubungan Korea Utara-Rusia di sidang kemuncak NATO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41717061182_YoonSukYeol.jpg)
Presiden Korea Selatan bincang hubungan Korea Utara-Rusia di sidang kemuncak NATO
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol akan melawat Amerika Syarikat (AS) pada Isnin untuk menghadiri sidang kemuncak NATO di Washington.
![Gyeongju, Korea Selatan dipilih sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak APEC 2025 Gyeongju, Korea Selatan dipilih sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak APEC 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81645047921_APECAsiaPacific.jpg)
Gyeongju, Korea Selatan dipilih sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak APEC 2025
Jawatankuasa Persediaan untuk Sidang Kemuncak APEC memilih Gyeongju sebagai lokasi untuk sidang kemuncak yang dijadualkan pada November.
![4 pengeluar kereta di Korea Selatan panggil balik 457,000 kenderaan 4 pengeluar kereta di Korea Selatan panggil balik 457,000 kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719395649_Hyundai.jpg)
4 pengeluar kereta di Korea Selatan panggil balik 457,000 kenderaan
Empat pengeluar kereta tempatan dan asing di Korea Selatan akan memanggil semula 457,000 kenderaan kerana kecacatan pengeluaran.
![1 maut, 21 'hilang' dalam kebakaran kilang bateri di Korea Selatan 1 maut, 21 'hilang' dalam kebakaran kilang bateri di Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719206488_batteryplantfire.jpg)
1 maut, 21 'hilang' dalam kebakaran kilang bateri di Korea Selatan
Seorang maut, sementara 21 orang hilang dalam kebakaran sebuah kilang bateri litium di Seoul.
!['Korea Selatan, jangan bekalkan senjata kepada Ukraine' - Putin 'Korea Selatan, jangan bekalkan senjata kepada Ukraine' - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706333140_KimJongUn.jpg)
'Korea Selatan, jangan bekalkan senjata kepada Ukraine' - Putin
Kata Putin, Moscow akan bertindak balas terhadap perkara itu dengan cara yang lebih besar terhadap Seoul.
![Korea Selatan keluar nasihat gelombang haba Korea Selatan keluar nasihat gelombang haba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71651620147_Seoul.jpg)
Korea Selatan keluar nasihat gelombang haba
Agensi cuaca Korea Selatan pada Rabu mengeluarkan nasihat gelombang haba ketika suhu meningkat di seluruh negara.
![Trio compound panah emas di Korea Selatan Trio compound panah emas di Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717755598_TBSUKANPANAH.jpg)
Trio compound panah emas di Korea Selatan
Skuad memanah lelaki negara mengejutkan pasukan tuan rumah untuk merangkul pingat emas pada aksi final compound berpasukan lelaki Piala Asia 2024.
![Kelayakan Piala Dunia: Son Heung-min santai ledak dua gol ke atas Singapura Kelayakan Piala Dunia: Son Heung-min santai ledak dua gol ke atas Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717744752_sonheungmin.jpg)
Kelayakan Piala Dunia: Son Heung-min santai ledak dua gol ke atas Singapura
Son Heung-min muncul wira Korea apabila menghancurkan Singapura dengan keputusan akhir 7-0 dalam saingan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia.
![Pelancong Korea kini boleh imbas QR DuitNow untuk pembayaran di Malaysia Pelancong Korea kini boleh imbas QR DuitNow untuk pembayaran di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717658801_PelancongKorea.jpg)
Pelancong Korea kini boleh imbas QR DuitNow untuk pembayaran di Malaysia
Usahasama antara BC Card dan PayNet ini sekali gus akan merancakkan lagi kaedah pembayaran kedua negara tanpa memerlukan pertukaran mata wang.