BEIJING: Tindakan pemerintah China yang menapis kritikan tentang sekatan pergerakan ketat bagi mengawal penularan COVID-19 membuatkan pengguna media sosial negara itu terpaksa memikirkan cara yang lebih kreatif.
Dari memetik baris lirik lagu kebangsaan hinggalah menggunakan perlambangan dari filem Hollywood, pengguna media sosial China berusaha mengelak tindakan penapisan yang bagi mereka menyekat kebebasan bersuara.
Pemerintah China terus mengenakan pemantauan dan kawalan ketat terhadap penggunaan Internet oleh rakyatnya, yang dianggap boleh mencemarkan nama baik negara tersebut.
Penapisan itu dilakukan untuk menyebelahi tindakan Beijing menguatkuasakan polisi sifar COVID-19 yang menyaksikan kota seperti Shanghai berdepan sekatan pergerakan atau lockdown yang menyulitkan.
‘Terperangkap’ di dalam rumah, memaksa kebanyakan daripada 25 juta penghuni bandar raya itu menggunakan saluran media sosial untuk meluahkan kemarahan dan mengeluh tentang kekurangan bekalan makanan dan syarat kuarantin yang menyusahkan.
AFP melaporkan, isu di sebalik sekatan pergerakan di Shanghai terlalu ‘besar’ untuk terus ditapis pihak pemerintah.
Pengguna media sosial kini bersuara menggunakan ‘muslihat’ hantaran berupa imej yang disunting, pengolahan kata-kata, dan mencipta istilah khas untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.
Antaranya adalah dengan menulis baris lagu kebangsaan China yang bermaksud ‘Bangkitlah, mereka yang tidak mahu menjadi hamba’.
Ada juga yang menggunakan meme popular dari adegan filem Hollywood, tanda pagar (hashtag) berkaitan hak asasi Amerika, serta memetik judul buku 1984 tulisan George Orwell yang antara lain berkisar tentang kisah rejimen yang menindas, pemantauan besar-besaran dan salah guna kuasa.
Bagaimanapun, netizen Shanghai tetap kecewa apabila ada juga hantaran mereka itu ‘hilang’ selepas beberapa minit dimuat naik.
"Ini kami melawan kepintaran buatan (AI),” keluh mereka.
"Penduduk Shanghai terpaksa membayar harga apabila mengkritik. Kepayahan, kekecewaan dan kemarahan yang mereka hadapi dalam tempoh sekatan ini melebihi ketakutan mereka jika dihukum kerana memuat naik hantaran yang sensitif," ujar profesor di Hong Kong Baptist University, Luwei Rose Luqiu, kepada AFP.
Seorang penduduk, Gao Ming, 46, berkata dia menerima panggilan daripada pihak polis yang memintanya memadam hantaran bersifat antisekatan pada bulan lalu di media sosial.
"Saya menentang penapisan ini dan mahu berhujah tentang strategi COVID-19 di China. Saya sangat menentang polisi yang ada sekarang ini," kata pegawai perhubungan awam itu, yang kecewa apabila sekatan pergerakan sebenarnya menyebabkan lebih banyak kes kematian kerana halangan untuk mendapatkan rawatan perubatan biasa.
Agensi
Sat May 07 2022
Sekatan pergerakan yang ketat di Shanghai dikatakan amat menyulitkan penduduknya, namun pihak pemerintah berkata ia terpaksa dilakukan untuk menyekat penularan COVID-19. - Reuters
Tiada kenaikan tarif elektrik - TNB
Keputusan ini sejajar dengan yang diputuskan kerajaan pada 20 Dis lepas, untuk mengekalkan tarif elektrik bagi tempoh 1 Jan - 30 Jun 2025.
Jangan terlalu beri tekanan kepada saya - Justin
Prestasi pemain berusia 20 tahun itu menurun selepas mengalami kecederaan putus tendon Achilles kaki kirinya pada April 2023.
Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Pembayaran diterima pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.
Portal rasmi Kerajaan Melaka, Tourism Melaka akan dilengkapi 'chatbot AI'
Penggunaan teknologi AI ini bukan sahaja mempercepat komunikasi, tetapi juga memberikan sokongan lebih cekap dan berkesan.
Empangan Hidroelektrik Nenggiri mampu kawal 40 peratus banjir di Kelantan
Projek itu juga berperanan sebagai kawasan tadahan air untuk menampung jumlah hujan yang mempengaruhi kenaikan paras sungai.
Pesawah di Melaka boleh sewa dron untuk aktiviti pertanian - Exco
Muhamad Akmal berkata, perkhidmatan dron tersebut ditawarkan pada harga berpatutan sejak Jun lalu.
Perkukuh keselamatan digital, hukuman lebih berat tangani isu kanak-kanak hilang, penderaan seksual
Lee berkata isu ini memerlukan tindakan segera memandangkan statistik mendedahkan ramai kanak-kanak hilang berisiko menjadi mangsa eksploitasi.
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
China serah dua kumpulan lagi bantuan kemanusiaan kepada Gaza
China bersedia terus mengekalkan komunikasi dan penyelarasan dengan jabatan berkaitan dari Palestin dan Mesir untuk mendorong pelaksanaan bantuan kemanusiaan berterusan kepada Gaza melalui Mesir.
Top Glove sedia tangani lonjakan pesanan di AS susulan tarif import sarung tangan China
Ia susulan tindakan negara Amerika Syarikat mengenakan tarif ke atas import sarung tangan getah China pada Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perdagangan dua hala Malaysia-China cecah hampir AS$98 bilion bagi tempoh 11 bulan pertama 2024
Hubungan ekonomi Malaysia-China terus mengukuh, dengan perdagangan dua hala mencecah hampir AS$98 bilion dalam tempoh 11 bulan pertama 2024.
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.