KEBIMBANGAN terhadap gelombang kedua jangkitan COVID-19 telah membuatkan enam pasar makanan utama di Beijing ditutup pada Jumaat.
Sementara itu, India yang membuka semula sekatan minggu ini mencatatkan peningkatan dalam kes harian.
Dalam pada itu, terdapat peningkatan kes baharu pandemik itu di beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS) yang membuatkan katil di hospital semakin penuh.
Pakar kesihatan seluruh dunia menyatakan kebimbangan sebelum ini bahawa beberapa negara bergelut dengan kesan ekonomi akibat arahan tinggal di rumah mungkin melonggarkan sekatan terlalu cepat.
Dalam masa yang sama, mereka turut khuatir COVID-19 boleh tersebar semasa protes anti-perkauman.
Pesuruhjaya Kesihatan Eropah, Stella Kyria-Kides menyeru 27 anggota Kesatuan Eropah (EU) untuk mengembalikan langkah-langkah sekatan jika diperlukan selain melakukan ujian saringan virus itu apabila membuka kembali sekolah dan perniagaan.
Di China, terdapat dua kes baharu COVID-19 di ibu negaranya sekali gus pihak berkuasa menutup enam pasar makanan besar yang dikunjungi dua lelaki dijangkiti namun tidak diketahui bagaimana mereka boleh terjangkit.
India membuka sebahagian besar pengangkutan awam, pejabat dan pusat membeli-belah minggu ini setelah hampir 70 hari namun pegawai kesihatan menyatakan ia masih beberapa minggu lagi sebelum meratakan lengkungan kes yang sedang meningkat.
Angka kematian meningkat kepada 8,498 di India.
Namun, kementerian kesihatan negara itu menyatakan terdapat peningkatan sehingga hampir 11,000 kes positif pada Jumaat dengan kebanyakan direkodkan di Delhi, Mumbai dan Chennai.
Sementara itu di Turki, persatuan perubatan menyatakan pelonggaran sekatan pada 1 Jun adalah terlalu cepat walaupun jumlah kematian harian menurun dalam beberapa minggu terakhir kepada sekitar 20 orang.
Anggota pasukan penyelidik COVID-19 Persatuan Medik Turki, Cavit Isik Yavuz berkata terdapat perbincangan mengenai bilakah gelombang kedua akan berlaku namun gelombang pertama masih belum diatasi.
Walaupun jangkitan baharu semakin perlahan di kebanyakan negara Eropah, pakar kesihatan melihat risiko sederhana hingga tinggi bahawa kenaikan pasca arahan tinggal di rumah mungkin memerlukan sekatan baharu.
Pusat Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Eropah (ECDC) meramalkan adanya peningkatan yang sederhana di seluruh Eropah dalam beberapa minggu mendatang yang boleh menyebabkan sistem kesihatan mengalami tekanan jika tidak diperiksa dengan cepat.
Pengarahnya Andrea Ammon menekankan pentingnya menjaga jarak fizikal, kebersihan tangan dan apa yang disebut etika pernafasan.
Pegawai telah menyatakan kebimbangan virus itu dapat merebak di antara puluhan ribu orang yang berkumpul di bandar-bandar besar di Eropah untuk berdemonstrasi dalam isu perkauman setelah kematian warga kulit hitam George Floyd dalam tahanan polis Amerika Syarikat (AS).
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menyatakan pada Khamis bahawa ancaman kebangkitan COVID-19 masih sangat nyata.
Jelasnya, walaupun keadaan bertambah baik di Eropah, namun secara globalnya masih buruk dan ia memerlukan solidariti global untuk mengalahkan wabak itu sepenuhnya.
Katanya, daripada 5,347 kematian baharu dicatatkan di seluruh dunia, 3,681 adalah di AS.
Di setengah daripada negeri di AS termasuk Texas dan Arizona, jumlah pesakit COVID-19 semakin meingkat sekali gus terdapat kebimbangan bahawa pembukaan semula ekonomi negara itu mungkin mencetuskan gelombang kedua.
Negeri Alabama, Florida, North Carolina, South Carolina, Oregon dan Nebraska semuanya mempunyai jumlah kes baharu pada Khamis.
Indesk utama Wall Street dibuka lebih tinggi pada Jumaat sehari selepas menjunam mendadak kerana dikhuatiri akan muncul semula jangkitan virus.
Ketua Institut Kesihatan Global Harvard, Ashish Jha berkata, AS mempunyai lebih 113,000 kes kematian yang tertinggi di dunia dan angka itu dijangka meningkat lebih 200,000 menjelang September.
Astro Awani
Fri Jun 12 2020
Pakar kesihatan seluruh dunia menyatakan kebimbangan sebelum ini bahawa beberapa negara bergelut dengan kesan ekonomi akibat arahan tinggal di rumah mungkin melonggarkan sekatan terlalu cepat. -Gambar fail
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Lima wartawan terbunuh awal pagi Khamis apabila kenderaan mereka terbakar dalam serangan udara di sekitar Hospital Al-Awda di Nuseirat di tengah Gaza.
Banjir Raub pulih sepenuhnya
Seramai 89 mangsa daripada 28 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara di daerah Lipis.
Apple beri sebab kenapa tidak akan bangunkan enjin carian tersendiri
Apple memilih untuk bekerjasama dengan Google, yang membayar sekitar $20 bilion untuk menjadi enjin carian utama pada peranti Apple.
Perjanjian gencatan senjata Gaza ditangguh
Kumpulan Palestin, Hamas berkata bahawa perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza ditangguhkan akibat syarat baharu yang ditetapkan oleh Israel.
Dua beranak maut, empat cedera dalam kemalangan di WCE
Dua beranak maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 212.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala ke selatan dekat Manjung, awal pagi Khamis.
Tsunami 2004: Tragedi hitam yang diingati warga Pulau Pinang
Tarikh 26 Disember 2004 akan sentiasa menjadi ingatan dalam kalangan penduduk Pulau Pinang apabila tsunami yang melanda negeri itu sehingga mengakibatkan jumlah korban yang ramai.
COVID-19: Kebimbangan gelombang kedua meningkat di kala pelonggaran sekatan
Pakar kesihatan seluruh dunia menyatakan kebimbangan sebelum ini bahawa beberapa negara bergelut dengan kesan ekonomi akibat arahan tinggal di rumah mungkin melonggarkan sekatan terlalu cepat.