JAKARTA:Indonesia terus mencatatkan peningkatan jangkitan kes COVID-19  dengan 6,120 kes baharu dilaporkan pada Selasa.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kes di republik itu meningkat kepada 629,429 kes.

Kementerian Kesihatan Indonesia memaklumkan, 155 lagi kematian dilaporkan menjadikan keseluruhan kes  kepada 19,111 kematian.

Seramai 38,849 orang lagi menjalani ujian saringan pada Selasa, dengan kes sembuh meningkat kepada 516,656.

Jakarta mecatatkan 1,117 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di ibu kota itu kepada 155,122.

Sementara itu, Jawa Barat melaporkan 1,256 kes baharu, Jawa Tengah (764), Jawa Timur (735), Kalimantan Tengah (393 ) dan Riau (176).