Penyebaran wabak COVID-19 sudah menghampiri paras pandemik, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Namun begitu, menurutnya, penyebaran wabak yang menular di seluruh dunia itu masih boleh dikawal.
"Wabak ini sudah menyerang hampir seluruh dunia, dan jika dilihat ia boleh menjadi satu ancaman pandemik.
"Ini menjadikannya pandemik pertama dalam sejarah yang dapat dikawal. Namun, kita masih akan terkesan akibat virus ini," katanya.
Mengikut rekod, COVID-19 kini telah menjangkiti lebih 100,000 mangsa dengan lebih 100 negara terjejas.
Pandemik merupakan penyebaran penyakit berjangkit di seluruh dunia.
Wabak boleh dikategorikan sebagai pandemik apabila ia meliputi kawasan yang besar, menjangkiti sejumlah besar mangsa dan menyebabkan kematian yang banyak.
Dalam sejarah, terdapat beberapa kes yang pernah berada pada tahap pandemik iaitu cacar, tuberkulosis, black death yang membunuh lebih 75 juta orang.
Pada tahun 2009, pandemik selesema babi membunuh 14,286 orang di seluruh dunia.
Asyraf Roslan
Tue Mar 10 2020

Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata penyebaran wabak COVID-19 kini menghampiri tahap pandemik. -Gambar fail
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

COVID-19 hampiri tahap pandemik - WHO
Sesebuah wabak itu boleh dikategorikan sebagai pandemik apabila ia meliputi kawasan yang besar, menjangkiti jumlah mangsa yang banyak dan menyebabkan kematian yang banyak disebabkan wabak berkenaan.