KABUL: Sistem kesihatan di Afghanistan terus menerima tekanan akibat lambakan pesakit COVID-19 yang tidak dapat dirawat memenuhi wad di hospital.

Bukan sahaja sistem semakin lumpuh, negara itu juga berdepan kekurangan bekalan perubatan dan kakitangan kesihatan berdepan masalah gaji yang tidak dibayar.

Di Hospital Afghan-Jepun di Kabul, bantuan alat pernafasan serta ubat-ubatan sudah kehabisan.

Meskipun gaji tidak dibayar, para kakitangan dilihat tidak mempunyai pilihan selain tetap berkhdimat menyelamatkan pesakit.

Hospital itu merupakan satu-satunya kemudahan kesihatan COVID-19 untuk lebih empat juta penduduk di ibu negara Afghanistan.

Walaupun situasi COVID-19 di Afghanistan dilihat terkawal berbanding beberapa bulan lalu, kini hospital itu benar-benar memerlukan bantuan.