Kejadian di Tamil Nadu, India itu dilaporkan berlaku pada 24 Mei.
Rakaman video menunjukkan pesakit memasuki ambulans berkenaan tanpa penjarakan sosial.
Menurut laporan media tempatan, pesakit di kampung Madurai itu menunggu terlalu lama untuk ambulans kerajaan tiba bagi membawa mereka ke hospital.
Mereka akhirnya terpaksa menempah ambulans syarikat swasta berkenaan dengan biaya sendiri.