Singapura pada Selasa mengesahkan dua lagi kes jangkitan COVID-19 dengan satu daripadanya mempunyai kaitan dengan kluster baharu di Wizlearn Technologies Pte Ltd.
Dalam satu kenyataan di sini, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata kes yang dikaitkan dengan kluster itu membabitkan seorang lelaki rakyat Singapura berusia 33 tahun yang tidak mempunyai sejarah perjalanan baru-baru ini ke negara dan rantau terjejas akibat penularan COVID-19.
Mangsa kini ditempatkan di bilik isolasi Pusat Kebangsaan Penyakit Berjangkit, yang menyaksikan bilangan kes jangkitan di kluster itu meningkat kepada 14.
Kedua-dua kes itu menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang positif COVID-19 di republik tersebut setakat ini ialah 110.
Satu lagi kes baharu membabitkan seorang warga emas lelaki rakyat Singapura berusia 70 tahun yang juga tidak memiliki sejarah perjalanan baru-baru ini ke negara dan rantau terjejas akibat jangkitan virus itu.
Sebelum dimasukkan ke hospital, mangsa pergi bekerja di Fish Mart Sakuraya, 154, West Coast Road namun tidak melayan pelanggan atau menyediakan makanan, menurut kenyataan itu.
Mengulas perkembangan terkini situasi kes yang disahkan, MOH berkata setakat ini sejumlah 78 kes telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan virus itu dan telah dibenarkan keluar dari hospital.
Daripada sejumlah 32 kes yang disahkan dan masih dirawat di hospital, kementerian itu berkata kebanyakannya stabil atau semakin pulih manakala tujuh dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di unit rawatan rapi.
Setakat tengah hari, MOH mengenal pasti sejumlah 3,173 kontak rapat yang telah dikuarantin.
Republik itu juga mengumumkan bahawa mulai Rabu, ia akan melarang kemasukan pelancong yang mempunyai sejarah perjalanan ke Iran, Itali utara atau Korea Selatan dalam tempoh 14 hari lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 03 2020
Kedua-dua kes itu menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang positif COVID-19 di republik tersebut setakat ini ialah 110. - Gambar fail
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.