Penularan wabak Ebola di timur Republik Demokratik Congo telah meragut 67 nyawa bulan ini, kata pihak berkuasa ketika mereka melancarkan sejenis ubat baharu bagi menangani virus itu di tengah-tengah kebimbangan bahawa penyakit itu telah merebak ke kawasan yang dikuasai pemberontak.
Sejumlah 105 kes telah dilaporkan sejak wabak Ebola mula menular pada 1 Ogos di Mangina dalam wilayah Kivu Utara, menurut kementerian kesihatan, dan daripada jumlah itu, 77 telah disahkan dijangkiti virus itu menerusi ujian makmal.
Ia berkata 10 orang sembuh daripada virus itu manakala 67 lagi meninggal dunia.
Menteri Kesihatan Oly Ilunga Kalenga telah berlepas ke Mangina pada Khamis dan menyaksikan dua pesakit dibenarkan keluar selepas mereka menjalani rawatan yang menggunakan prototaip baharu dikenali sebagai mAb114.
"Mereka adalah antara 10 pesakit pertama yang menerima molekul terapeutik mAb114," menurut kenyataan kementerian itu.
Dibangunkan di Amerika Syarikat, ia merupakan ubat terapeutik pertama yang digunakan dalam penularan aktif Ebola di Republik Demokratik Congo.
Minggu lepas, kementerian kesihatan berkata empat lagi ubat eksperimen telah diluluskan untuk merawat pesakit yang dijangkiti virus itu.
Pada Jumaat, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran bahawa tanda-tanda yang menunjukkan virus itu telah merebak ke bandar Oicha di Kivu Utara boleh melemahkan usaha untuk membendung wabak tersebut.
Meskipun Oicha tidak dikuasai pemberontak, ketua pasukan respons kecemasan WHO Peter Salama berkata bandar itu dikelilingi wilayah dikuasai kumpulan pemberontak Uganda yang digeruni iaitu Angkatan Demokrat Bersekutu (ADF).
Sejumlah besar orang awam terbunuh dalam pergolakan di sekitar Oicha manakala petugas bantuan, paderi dan penjawat awam telah dijadikan tebusan oleh pemberontak.
Pada Jumaat, pasukan tentera telah diserang di Beni, yang terletak di tengah-tengah wilayah penularan wabak Ebola, kata sumber tentera dan awam.
Pemberontak ADF dipersalah dan didakwa melakukan serangan itu.
Tiada angka rasmi yang dikeluarkan namun penduduk tempatan berkata kira-kira 10 orang askar terbunuh dalam serangan itu.
Penularan wabak Ebola terkini merupakan yang ke-10 di Republik Demokratik Congo sejak 1976, apabila penyakit itu mula-mula dikenal pasti dan dinamakan sempena sebatang sungai yang mengalir di bahagian utara negara tersebut.
-- BERNAMA-NNN-AGENCIES
Bernama
Mon Aug 27 2018
Seorang petugas kesihatan memberikan vaksin kepada seorang wanita di sebuah kampung di Mangina, Congo, 18 Ogos, 2018. REUTERS
Banjir di Kedah semakin memburuk, bilangan mangsa cecah 1,018 orang
Situasi banjir di Kedah makin memburuk selepas bilangan mangsa mencecah 1,018 orang daripada 268 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.
PM mahu persediaan mantap dilakukan menjelang kepengerusian ASEAN 2025
Perdana Menteri berkata Malaysia perlu menjadi peneraju hebat dengan menyusun pelbagai program yang benar-benar memberi kesan mendalam kepada komuniti ASEAN secara keseluruhannya.
PM Anwar ulangi komitmen Malaysia jayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi komitmen Malaysia dalam menjayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan seperti yang dimeterai bersama 192 negara lain pada 2015.
Bunuh: Dua buruh kasar terlepas hukuman mati, diganti penjara 30 tahun
Panel hakim menolak rayuan A.Rames dan Tew Siew Kem untuk mengetepikan sabitan terhadap mereka dan menggantikan hukuman mati dengan penjara.
HUMS dijangka siap Dis 2025, beroperasi pada Jan 2026 - Zambry
HUSM dibina dengan kapasiti 400 katil, 25 bilik pembedahan, 40 katil rawatan intensif atau rapi serta 145 buah klinik pakar.
Tiga wanita ditahan dalam Op Global sambung reman hingga 22 Sept
Tiga wanita yang ditahan menerusi Op Global di Nilai dan Seremban kerana disyaki terbabit dalam kes eksploitasi kanak-kanak di negeri ini, disambung reman hingga 22 Sept.
Arul Kanda tidak tahu tentang kewujudan 'pelaburan' 1MDB - Tony Pua
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Arul Kanda Kandasamy tidak pasti tentang nilai 'pelaburan' 1MDB atau sama ada ia benar-benar wujud.
Seorang ahli GISB akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya esok
Individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Polis jalankan siasatan video upacara keagamaan
Polis Pulau Pinang menjalankan siasatan berhubung video tular di media sosial yang memaparkan satu upacara keagamaan di sebuah tokong di negeri ini yang berlatar belakangkan runut bunyi selawat.
Tetingkap Tunggal Nasional mudahkan operasi perdagangan - Tengku Zafrul
Inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National Single Window) yang bakal diharmonikan bersama sistem kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan antara Malaysia-China.
49 maut dalam insiden bot terbalik di Congo
Punca nahas itu dipercayai kerana bot penumpang dan kargo itu membawa muatan berlebihan termasuk bahan binaan.
14 terbunuh dalam serangan gereja di timur Congo
CODECO iaitu salah satu daripada kumpulan militan yang beroperasi di wilayah timur yang konflik didakwa terlibat dalam serangan itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Banjir Congo: Angka kematian meningkat kepada lebih 200
Banjir yang dicetuskan oleh hujan lebat menyebabkan tebing Sungai Chibira pecah, hingga memusnahkan bangunan dan ramai mangsa tertimbus di bawah runtuhan.
8 terbunuh, lebih 800 banduan larikan diri selepas pengganas serang penjara di Congo
Antara yang terbunuh dalam serangan oleh Pasukan Demokratik Bersekutu itu ialah dua anggota polis dan seorang awam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Thailand sahkan tiga kes import varian Omicron
Thailand mengesahkan tiga kes import varian Omicron COVID-19 dan mengesan satu lagi kes kebarangkalian untuk virus itu, membabitkan seorang lelaki tempatan yang pulang dari Congo.
Angka korban letusan gunung berapi di Congo meningkat kepada 32
Jumlah korban akibat letusan gunung berapi Gunung Nyiragongo pada Sabtu meningkat kepada 32 orang dan angka itu dijangka akan bertambah.
Malaysia jatuh 18 anak tangga dalam Indeks Kebebasan Media 2021 - RSF
Malaysia jatuh 18 tangga dari tempat ke-101 pada 2020 ke tempat ke-119 tahun ini.
WHO kesan penularan kedua wabak Ebola di Congo
Kes baharu Ebola juga dikesan di utara Mbandaka di wilayah Equateur di mana pihak berkuasa kesihatan Congo telah mengenal pasti enam kes.