NEW YORK: Columbia University di New York yang menyaksikan demonstrasi mengutuk serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza dan bersolidariti dengan Palestin, mengumumkan pada Isnin pembatalan majlis konvokesyennya minggu depan.
Pihak universiti itu berkata ia “akan meninggalkan majlis konvokesyen utama yang dijadualkan pada 15 Mei” dan sebaliknya akan menganjurkan beberapa siri kecil majlis itu, lapor agensi berita Palestin (WAFA).
Pergerakan pelajar itu tercetus di Amerika Syarikat (AS) pada 18 April, apabila pelajar melakukan mogok duduk sebagai tanda protes kepada serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza di kampus Columbia University di sini, dan menuntut supaya pentadbiran universiti menghentikan kerjasama dengan universiti Israel dan menarik balik pelaburannya dalam syarikat yang menyokong pendudukan rejim Zionis.
Pelajar di universiti-universiti AS sedang berusaha meningkatkan tekanan kepada pentadbiran AS supaya menarik pelaburan daripada negara yang menduduki dan syarikat yang menyokongnya serta memboikot universiti Israel yang terlibat dalam genosid penduduk Palestin.
Pergerakan pelajar untuk menyokong Palestin yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Amerika Syarikat juga merebak ke universiti-universiti di Perancis, United Kingdom, Jerman, Kanada, Switzerland, India dan Australia.
-- BERNAMA-WAFA
Bernama
Mon May 06 2024

Pegawai polis New York City berada di kampus Columbia University, meninjau persiapan sempena majlis konvokesyen, di New York, 6 Mei 2024. (Foto AP)
Mahkamah Perlembaan Korea Selatan batal keputusan pecat Duck-soo
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan hari ini, membatalkan pemecatan bekas Perdana Menteri, Han Duck-soo, sekali gus melantik beliau sebagai pemangku Presiden negara berkenaan.
Korea Selatan isytihar tiga lagi daerah sebagai zon bencana
Kerajaan Korea Selatan pada Isnin mengisytiharkan tiga lagi daerah di tenggara negara itu - Ulju, Uiseong dan Hadong, sebagai zon bencana khas susulan kebakaran hutan berhari-hari yang telah memaksa ribuan penduduk berpindah.
Polis sembur lada terhadap penunjuk perasaan di Istanbul
Individu tersebut dipercayai menyertai protes tersebut untuk bagi membantah penahanan Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu yang dilihat sebagai pencabar utama Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam Pilihan Raya Presiden 2028.
Gerard Depardieu dibicarakan atas dakwaan gangguan seksual bermula Isnin.
Depardieu, 76 tahun, berdepan dakwaan meraba dua wanita semasa penggambaran filem The Green Shutters.
RM20,000 disumbangkan oleh Fahmi Fadzil kepada WWF
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyumbangkan RM 20,000 kepada WWF Malaysia untuk menyokong inisiatif pemuliharaan alam sekitar serta perlindungan spesis haiwan ikonik di negara
Kerajaan rangka strategi nasional, perkukuh ekonomi
Inisiatif penting itu akan memantau tarif, sekatan dan risiko rantaian bekalan, sekali gus menyelaras tindak balas merentas kementerian dan sektor.
Malaysia perlu percepat eksplorasi & aplikasi teknologi AI - PM
Malaysia perlu mempercepat eksplorasi dan aplikasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan menggalakkan inovasi dan mengadaptasi pendekatan rentas kementerian dan agensi secara menyeluruh.
Pembinaan 12 set tren baharu untuk komuter utara dimulakan serta merta - Loke
Pembinaan 12 set tren elektrik baharu untuk perkhidmatan Komuter Utara akan bermula serta-merta dan dibekalkan secara berfasa dalam tempoh 36 bulan.
Peniaga jangan ambil kesempatan jual santan cair - Fuziah
Peniaga santan diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan mencampurkan perahan santan segar dengan bahan lain semata-mata untuk mengaut keuntungan menjelang Aidilfitri.
Jawatankuasa kaji kanun keseksaan, tatacara jenayah dan akta keterangan
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) dalam kenyataan memaklumkan jawatankuasa itu akan menjalankan kajian terperinci mengenal pasti peruntukan dalam ketiga-tiga akta itu sekali gus mencadangkan pembaharuan kepada undang-undang tersebut.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Columbia University batalkan konvokesyen berikutan demonstrasi pro-Palestin yang berterusan
Pihak universiti berkata ia -akan meninggalkan majlis konvokesyen utama pada 15 Mei- dan sebaliknya menganjurkan beberapa siri kecil majlis.

Remaja perempuan rakam insiden kematian George Floyd menang Anugerah Khas Pulitzer
Video insiden lelaki Afrika-Amerika George Floyd yang maut akibat tindakan kejam seorang pegawai polis yang dirakam remaja perempuan Darnella Frazer menerima anugerah khas Hadiah Pulitzer 2021.

Digelar anti-Yahudi: Dr Mahathir 'diserang' di Columbia University
Tegasnya, apabila wujud pihak yang menghalang seseorang itu untuk bersifat anti-Yahudi, ia sekali gus menyekat kebebasan bersuara.