Penyanyi rap Amerika Syarikat (AS), Chris Brown, dan dua individu lagi dibebaskan dari tahanan polis pada Selasa selepas seorang wanita memfailkan aduan berkaitan kes rogol terhadap mereka.
Pejabat pendakwa Paris berkata, ketiga-tiga mereka, salah seorangnya pengawal peribadi Brown, ditahan pada Isnin kerana disyaki berpotensi melakukan cubaan merogol dan salah guna dadah.
Menurut pihak pendakwa, pemenang Grammy berusia 29 tahun itu telah dibenarkan meninggalkan Perancis sementara siasatan dijalankan.
Pada petang Selasa, Brown memuat naik posting di Instagram menafikan tuduhan tersebut.
"Saya mahu terangkan dengan sejelas-jelasnya.. ini adalah palsu," katanya di dalam posting itu.
"Bagi anak saya dan keluarga saya, apa yang dilakukan sangat tidak hormat dan bertentangan dengan watak dan moral saya!" tambahnya.
BACA: Penyanyi rap terkenal Chris Brown ditahan polis
Pegawai publisiti Brown di Sony Music enggan mengulas berhubung aduan itu atau menjelaskan urusan Brown berada di Paris.
Peguamnya di AS, Mark Geragos, juga tidak memberi respon apabila diminta mengulas.
Brown telah beberapa kali berdepan masalah undang-undang sejak mengaku bersalah melakukan serangan jenayah pada 2009 ke atas teman wanitanya ketika itu, Rihanna.
Dia telah melalui tempoh percubaan bagi kes itu pada 2015.
Astro Awani
Tue Jan 22 2019
Chris Brown telah beberapa kali berdepan masalah undang-undang sejak mengaku bersalah pada 2009 melakukan serangan ke atas teman wanitanya ketika itu. (Foto AP/Fail)
LGM sita 42 palet getah tebus guna bernilai kira-kira RM200,000 di Klang
LGM menyita 42 palet berisi getah tebus guna seberat 70 tan metrik berserta sitaan lain bernilai kira-kira RM200,000 dalam serbuan ke sebuah kilang getah di Klang, Selangor, Rabu lepas.
Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar
Penggunaan Bahasa Melayu secara tidak berhemah, terutama di platform media sosial, semakin meresahkan masyarakat Malaysia.
Perpaduan umat Islam dan bukan Islam prasyarat pembangunan ekonomi mampan - PM Anwar
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang terus aman dan damai, dan mepunyai ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Anwar
Beyond the Score: How Alternative Data, AI are Opening Up New Doors for Credit Access
Credit scores are often misunderstood. Erick Hamburger, Group CEO of CTOS Digital Berhad, addresses these concerns and explains how alternative data - like telco payments and streaming subscriptions - and AI are transforming credit access, even for those lacking a traditional credit history.
MCAS nafi ada kaitan dengan GISB dan pergerakan Al-Arqam
Persatuan Mualaf Singapura (MCAS) menafikan sebarang kaitan dengan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISB) atau pergerakan Al-Arqam.
Hamas sah kematian seorang lagi komander dalam serangan di Lubnan
Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu mengesahkan kematian seorang lagi komander mereka di Lubnan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Program larian disertai pelancong berpakaian tidak sopan bukan anjuran kerajaan Johor
Program larian yang didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.
Imigresen serbu pusat karaoke, 39 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
AWANI Ringkas: Pendatang asing tanpa izin | Kekecohan di Wisma Transit
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Ahad – 06 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Peminat filem seram kini berpeluang bermalam di rumah Buffalo Bill
Hiasan dalaman rumah itu dikekalkan seperti dalam filem hasil karya Jonathan Demme yang telah memenangi lima anugerah Oscars.
Rihanna dikecam tidak sensitif, guna petikan hadis lancar produk pakaian dalam
PENYANYI yang terkenal dengan lagu Umbrella, Rihanna dikecam hebat di media sosial selepas didakwa tidak sensitif terhadap agama Islam.
Chris Brown dan rakan rogol mangsa empat kali, paksa ambil kokain - Peguam
Chris Brown dan dua rakannya didakwa telah merogol seorang wanita di Paris, sebanyak empat kali sewaktu berlangsungnya sebuah majlis bergelumang dengan arak dan dadah.
Chris Brown bebas selepas ditahan polis Perancis, sambil siasatan dijalankan
Pejabat pendakwa Paris berkata, ketiga-tiga mereka, salah seorangnya pengawal peribadi Brown, ditahan pada Isnin kerana disyaki berpotensi melakukan cubaan merogol dan salah guna dadah.
Penyanyi rap terkenal Chris Brown ditahan polis
Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat Chris Brown hari ini ditahan oleh pihak polis berhubung dakwaan kes rogol dan penyalahgunaan dadah.
Wah! Macam tak percaya Chris Brown post seni grafiti saya - Katun
Ketika dihubungi Astro AWANI, Katun tidak putus-putus menyatakan bahawa dia tidak percaya karya grafiti yang dihasilkannya menjadi pilihan penyanyi popular, Chris Brown.
Pelukis grafiti Malaysia reka 'cover' single terbaharu Chris Brown
Menerusi laman Instagramnya, Katun mendedahkan hasil karya grafiti terbaharunya yang dilukis untuk single terbaharu penyanyi Chris Brown, Undecided.
Rihanna bangga dengan tindakan Chris Brown?
Baru-baru ini, penyanyi terkenal Hollywood, Chris Brown telah membantu seorang peminat yang pengsan ketika menonton konsertnya.
Tak serik-serik, penyanyi Chris Brown ditahan lagi
Waran tangkap ke atas Brown susulan kejadian pada April apabila dia didakwa menumbuk seorang individu di kelab malam.
Chris Brown disiasat atas dakwaan pukul seorang wanita di Las Vegas
Wanita berkenaan cuba mengambil gambar Brown ketika kejadian yang berlaku sewaktu parti di sebuah bilik hotel di Palms Casino Resort pada Sabtu.