Negara-negara seperti China dan Rusia yang mempunyai pengaruh besar dalam hubungan politik dan ekonomi dengan Myanmar, perlu campur tangan dan menghentikan penghapusan sistematik ke atas etnik minoriti Rohingya, kata Pengarah Rangkaian Hak Asasi Manusia Burma (BHRN), Kyaw Win.
Dalam temubual eksklusif dengan Bernama News Channel (BNC) pada Jumaat, aktivis itu melahirkan keyakinan bahawa walaupun kedua-dua kuasa besar itu telah menjalin hubungan dengan Myanmar sejak beberapa dekad, sokongan itu mempunyai hadnya terutama apabila pencabulan hak asasi manusia jelas berleluasa di Myanmar.
"Saya percaya kedua-dua kuasa besar itu boleh memainkan paranan penting di sini kerana menyokong Myanmar mungkin menyebabkan imej kedua-dua negara itu sendiri tercemar di mata dunia.
"Walaupin ia agak mengecewakan melihat tidak banyak usaha buat masa ini oleh China dan Rusia untuk menghentikan keganasan), kami di BHRN mengalu-alukan mereka untuk menyaksikan sendiri apa yang berlaku. Dan jika ada mana-mana negara yang mempunyai keraguan, dengan menyatakan isu hanya rekaan, kami lebih daripada bersedia untuk mengemukakan cukup bukti dan maklumat," kata Kyaw.
China baru-baru ini menyatakan sokongan kepada usaha kerajaan Myanmar untuk melindungi keselamatan negaranya dan menentang keganasan di Wilayah Rakhine baru-baru ini yang menyaksikan hampir 400 orang maut dalam pertempuran.
Negara lain seperti Britain, Perancis dan Australia, dan juga Malaysia, telah menggesa pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi pada Isnin untuk menghentikan keganasan dan penindasan ke atas minoriti Islam Rohingya.
Laporan yang dikeluarkan oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) awal tahun ini, menyatakan keterangan yang konsisten membayangkan beratus-ratus rumah, seolah, pasar, kedai, madrasah dan masjid Rohinya telah dibakar oleh pihak tentera, polis dan kadang-kala perusuh di kalangan orang awam dan menambah saksi-saksi juga menceritakan mengenai kemusnahan makanan dan sumber makanan termasuk sawah padi dan merampas ternakan".
Seorang pegawai tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Zeid Ra'ad Al Hussein mengutuk operasi keselamatan yang dijalankan ke atas etnik Rohingya, dan menyifatkannya sebagai "pembersihan etnik".
Ketika mengulas lanjut, Kyaw berkata isu itu sebenarnya bukan fenomena baharu kerana hakikatnya, tindakan berbentuk penindasan itu oleh kerajaan ke atas etnik minoriti telah berlarutan selama beberapa dekad.
"Pada 1963, kerajaan gtelah menggariskan enam objektif dalam strategi penindasan anti Islam iaitu tidak seorangpun seorang Muslim dibenarkan menduduki jawatan tertinggi dalam tentera, politik, parlimen, pendidikan dan polis. Dan seorangetnik Islam juga tidak dibenarkan mendapat pendidikan dan menjalankan perniagaan.
"Sekarang, ia lebih jelas mereka telah memperkenalkan Kad Pengesahan Negara (NVC). Bagi saya, ini satu perangkap kerana jika etnik Rohingya menerima pelaksanaan NVC, terdapat satu fasal yang menyatakan ia boleh dirampas jika pihak berkuasa mempunyai keraguan tentang bagaimana mereka memperolehnya. Perkataan 'meragukan" sendiri adalah terlalu umum dan boleh disalahguna," kata beliau.
Kyaw menjelaskan bahawa mereka yang menerima kad tersebut secara automatik dilucutkan status pribumi Rohingya, dan dengan itu hak kerakyatan etnik secara kelahiran terlucut dan hak penuh mereka sebagai warga Myanmar menghadapi risiko.
"Justeru, etnik Rohingya menghadapi risiko tidak mempunyai negara kerana kerajaan telah mengambil kewarganegaraan mereka. Oleh itu, hak penjagaan kesihatan, pendidikan dan hak asasi manusia yang lain secara serius telah dicabuli," kata beliau.
Mengenai sikap membisu oleh Suu Kyi mengenai perkara ini, Kyaw berkata sikap Pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu sangat mengecewakan.
"Maksud saya, beliau diiktiraf di seluruh dunia sebagai pemimpin rakyat, dan rakyat sudah bersedia untuk mematuhi apa sahaja yang diarahkannya.. tetapi beliau sejkali lagi gagal (untuk menangani isu Rohingya). Malah, ia bukan sahaja gagal, tetapi ia gagal disebabkan beliau kerana beliau telah mengkhianati mereka yang telah berkorban untuknya, dan Suu Kyi juga telah menyalahguna sokongan antarabangsa yang diterimanya sebelum ini," kata aktivis itu.
Dalam temu bual itu, Kyaw juga melahirkan penghargaan atas usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Malaysia, terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk mendapatkan keadilan bagi etnik Rohingya.
"Kami berterima kasih kepada Perdana Menteri Najib kerana menunaikan janjinya untuk membangkitkan perkara itu semasa bertemu Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump baru-baru ini. Kami juga merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia, terutama mereka yang menyokong misi untuk memastikan hak asasi manusia etnik Rohingya dihormati," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2017
![China, Rusia boleh main peranan penting hentikan keganasan ke atas etnik Rohingya China, Rusia boleh main peranan penting hentikan keganasan ke atas etnik Rohingya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/61506086032_KyawWin.jpg)
KYAW: Jika ada mana-mana negara yang mempunyai keraguan, dengan menyatakan isu ini hanya rekaan, kami lebih daripada bersedia untuk mengemukakan cukup bukti dan maklumat. --fotoBERNAMA
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721144143_TBBANGLADESHCAMPUS.jpg)
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
![China, Rusia boleh main peranan penting hentikan keganasan ke atas etnik Rohingya China, Rusia boleh main peranan penting hentikan keganasan ke atas etnik Rohingya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/61506086032_KyawWin.jpg)
China, Rusia boleh main peranan penting hentikan keganasan ke atas etnik Rohingya
Aktivis itu melahirkan keyakinan bahawa walaupun kedua-dua kuasa besar itu telah menjalin hubungan dengan Myanmar sejak beberapa dekad, sokongan itu mempunyai hadnya.