BEIJING: Berpuluh-puluh ribu penduduk di wilayah Fujian dipindahkan akibat banjir besar susulan Taufan Haikui yang melanda wilayah itu dan membawa bersama hujan lebat terburuk dalam tempoh 12 tahun.
Lebih 36,000 orang dipindahkan dari rumah mereka, manakala rangkaian bekalan elektrik dan komunikasi rosak akibat taufan berkenaan.
Selain itu, Haikui turut menyebabkan hampir 4,195 hektar tanah ladang ditenggelami air, menyebabkan kerugian berjumlah 552.1 juta yuan atau kira-kira RM353 juta.
Pihak berkuasa di Fuzhou turut mengeluarkan amaran bahawa paras air 49 empangan sudah melebihi had banjir.
Manakala pasukan kecemasan menaiki bot memindahkan penduduk dan cuba mengepam air keluar dari kawasan rendah.
Banyak jalan raya ditenggelami air banjir menyebabkan ramai penduduk terperangkap dalam rumah mereka.
Paparan di media sosial menunjukkan video banjir memenuhi jalan-jalan di Fuzhou dan bandar Fuqing di selatan, menghanyutkan motosikal dan tong sampah serta kereta yang terkandas.
Laporan media juga menunjukkan imej kereta yang ditenggelami air, kedai dan pangsapuri yang terjejas kerana berlaku tanah runtuh.
Fuzhou menerima hujan sehingga 554 milimeter pada Selasa dan merekodkan hampir 150mm setiap jam.
Ia melebihi jumlah yang dibawa oleh Taufan Doksuri pada akhir Julai, yang melanda Fujian hingga menyebabkan banjir dan kerugian AS$2 bilion.
Fuzhou menutup laluan kereta api bawah tanah dan menggantung perkhidmatan kereta api, manakala sekolah ditutup untuk hari kedua.
Seorang pegawai wilayah, Chen Yunong, berkata banjir melanda banyak bandar di Fujian, membuktikan berlaku masalah saliran di bandar dan infrastruktur lain.
Kata Chen, penambahan air di kedua-dua bandar lama dan kawasan bandar baharu perlu ditangani.
Putian dan Quanzhou adalah antara enam bandar di tempat lain di Fujian yang dikatakan sebagai berisiko berlaku banjir kilat dan tanah runtuh.
Kerajaan wilayah memberitahu pihak berkuasa tempatan untuk bersiap sedia untuk memindahkan orang ramai dari kawasan yang paling teruk terjejas.
Hujan dijangka berterusan sehingga Jumaat, di bahagian tengah dan selatan wilayah Fujian, Guangdong, Jiangxi, Hunan, Hainan dan Taiwan.
Astro Awani
Wed Sep 06 2023
Pasukan kecemasan menyelamatkan penduduk selepas rumah mereka ditenggelami air di Fuzhou susulan Tuafan Haikui yang melanda China. - Foto REUTERS
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
China pindahkan 36,000 penduduk angkara Taufan Haikui
Lebih 36,000 orang dipindahkan dari rumah mereka, manakala rangkaian bekalan elektrik dan komunikasi rosak akibat taufan berkenaan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taiwan siap hadapi Taufan Haikui, ribuan orang dipindahkan, penerbangan dibatalkan
Haikui dijangka mendarat di kawasan berbukit dan kurang penduduk di tenggara Taiwan pada petang ini.