Kerajaan China berikrar untuk lebih agresif melaksanakan dasar pembaharuan sistem perubatan dan kesihatan dengan mengutamakan perkhidmatan hospital awamnya.
Menurut Menteri Kesihatannya Chen Zhu kerajaan berharap pembaharuan berkenaan dapat memudahkan rakyat mendapatkan rawatan pad kos lebih murah dan berpatutan.
Sejak dasar pembaharuan sistem perubatan dan kesihatan China dimulakan pada 2009, kerajaan telah menyuntik berjuta-juta yuan dana dan kemudahan bagi penambahbaikan semua hospital awam di seluruh negara.
China mempunyai lebih 20 ribu buah hospital, termasuk kira-kira 15 ribu buah hospital awam yang memiliki lebih 80 peratus sumber penjagaan kesihatan China.
Bagaimanapun hospital-hospital besar di bandar utama masih menjadi pilihan majoriti rakyat China berbanding hospital daerah.
Ini kerana mereka mendakwa hospital di kawasan mereka menyedikan kemudahan kesihatan yang tidak lengkap selain kos perubatan lebih mahal.
Sehubungan itu usaha pembaharuan yang lebih agresif ini diharap dapat mengawal kos rawatan dan perubatan.
Dengan langkah pembaharuan itu juga masalah yang wujud di banyak hospital, iaitu sumber kewangan amat bergantung kepada jualan ubat-ubatan akan diatasi menjelang 2015.
Astro Awani
Fri Mar 08 2013
Lunaskan sebelum tahun berakhir, pelbagai ganjaran menanti
Pusat Pungutan Zakat (PPZ) - MAIWP laksana Kempen Year End Zakat (YEZ) 2024 melalui pelbagai perkhidmatan dan saluran pembayaran bagi memudahkan orang ramai.
Dialog Anak Muda: Soal ekonomi gaji 2025: Bukan pasal ‘old money’
Apa yang menjadi kebimbangan anak muda untuk tahun 2025? Adakah nasib mereka akan berubah? Diskusi #Andalan2025 dalam Dialog Anak Muda 8.30 malam ini
JSPT keluar 45,237 saman dalam Op Kenderaan Perdagangan setakat Nov 2024
Sebanyak 45,237 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan berikutan pemeriksaan terhadap 235,616 kenderaan perdagangan.
Kotak hitam kedua pesawat Embraer 190 ditemui di lokasi kejadian
Menurut seorang pegawai dari Jabatan Pengangkutan Kazakhstan pada Khamis, kotak hitam tersebut sudah diserahkan kepada jabatan siasatan.
Ahli Parlimen kepung podium, bantah keputusan pecat Han Duck Soo
Usul yang diketuai oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) diluluskan dengan 192 daripada 300 undi menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati dalam kalangan mereka.
Kerajaan Belgium haramkan penjualan vape bermula Januari
Belgium muncul sebagai negara pertama dalam Kesatuan Eropah (EU) yang mengumumkan akan mengharamkan penjualan rokok elektronik (vape) pakai buang berkuatkuasa Januari depan.
6,611 projek pembangunan hampir RM1 bilion dilaksana tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melaksanakan sebanyak 6,611 projek bernilai hampir RM1 bilion sepanjang 2024.
Melaka bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta
Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.
Aktivis yakin kejadian di UM dilakukan psikopat
Aktivis haiwan yakin kejadian membabitkan beberapa ekor kucing yang ditemuakan dalam keadaan ngeri dengan perut dibelah, kaki dipotong serta usus dikeluarkan di Universiti Malaya baru-baru ini mungkin dilakukan psikopat.
Sebatan di khalayak: Perlu harmoni antara perundangan sivil dan syarak - KP IKIM
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan sidang meja bulat tertutup bagi membincangkan beberapa isu berbangkit termasuk kes sebatan syariah di khalayak ramai di Terengganu.
Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil, perkara itu amat sensitif untuk diulas kerana ia melibatkan pelaksanaan undang-undang syariah di negara ini.
Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil, perkara itu amat sensitif untuk diulas kerana ia melibatkan pelaksanaan undang-undang syariah di negara ini.
China laksana dasar pembaharuan sistem perubatan
Menteri Kesihatannya Chen Zhu kerajaan berharap pembaharuan berkenaan dapat memudahkan rakyat mendapatkan rawatan pad kos lebih murah dan berpatutan.