PERSATUAN Pengilang Automobil Jepun (JAMA) mendedahkan data terbaharu yang menunjukkan China berjaya memintas Jepun sebagai pengeksport kenderaan terbesar dunia tahun lalu.
Data JAMA menunjukkan Jepun mengeksport 4.42 juta kenderaan pada 2023, berbanding 4.91 juta kenderaan yang dieksport oleh China seperti yang dilaporkan Persatuan Pengilang Automobil China bulan ini, lapor AFP.
Sektor automotif China berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini terutamanya disebabkan oleh pelaburan besar-besaran dalam kenderaan elektrik (EV).
Biro Kastam China meletakkan jumlah itu lebih tinggi kepada 5.22 juta - peningkatan besar tahun ke tahun iaitu sebanyak 57 peratus, satu pertiga daripadanya merupakan kenderaan elektrik.
Dalam pada itu, pembuat kereta Jepun termasuk Toyota disahkan sebagai syarikat terbesar di dunia dengan jualan unit selain menghasilkan sejumlah besar kenderaan di negara lain.
Pada 2022, pengeluaran kenderaan di Jepun tidak termasuk motosikal berjumlah 7.84 juta unit, tetapi pengeluaran di luar negara hampir 17 juta unit.
Daripada model elektrik sepenuhnya, pengeluar Jepun sudah lama bertaruh pada hibrid yang menggabungkan kuasa bateri dan enjin pembakaran dalaman, perintis dengan Toyota Prius.
Pembuat kereta Jepun turut berikrar untuk meningkatkan produk mereka dengan Toyota menyasarkan untuk menjual 1.5 juta EV setiap tahun menjelang 2026 dan 3.5 juta menjelang 2030. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 31 2024
![China kini pengeksport kenderaan terbesar dunia China kini pengeksport kenderaan terbesar dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706697262_lantikSimeDarby.jpg)
Sektor automotif China berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. - Gambar fail/ Dagang News
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Usaha tangani kerenah birokrasi dorong peningkatan stesen pengecas EV - Tengku Zafrul Usaha tangani kerenah birokrasi dorong peningkatan stesen pengecas EV - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720906874_PengecasEV.jpg)
Usaha tangani kerenah birokrasi dorong peningkatan stesen pengecas EV - Tengku Zafrul
Proses kelulusan sebelum ini melibatkan banyak agensi dan kementerian, termasuk Suruhanjaya Tenaga, PBT serta bomba.
![Penggunaan EV semakin meningkat, Sime Darby bakal terima manfaat utama Penggunaan EV semakin meningkat, Sime Darby bakal terima manfaat utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719806865_kenderaanelektrik.jpg)
Penggunaan EV semakin meningkat, Sime Darby bakal terima manfaat utama
Konglomerat itu mempunyai barisan komprehensif EV hibrid merentasi spektrum jenama, daripada segmen premium dan peringkat pertengahan.
![Teksi terbang mula digunakan pada musim haji tahun ini! Teksi terbang mula digunakan pada musim haji tahun ini!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718269502_teksiterbang.jpg)
Teksi terbang mula digunakan pada musim haji tahun ini!
Perkhidmatan teksi udara elektrik itu akan digunakan secara eksperimen untuk pengangkutan jemaah antara Mina, Muzdalifah dan Arafah untuk haji tahun ini.
![Elak kesesakan… jemaah haji ada pilihan guna teksi terbang Elak kesesakan… jemaah haji ada pilihan guna teksi terbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718257570_SaudiArabia.jpg)
Elak kesesakan… jemaah haji ada pilihan guna teksi terbang
Saleh Nasser Al-Jasser berkata, teksi terbang itu adalah yang pertama di dunia yang dilesenkan oleh pihak berkuasa penerbangan awam.
![Proton rancang lancar lima model EV di bawah jenama e.MAS Proton rancang lancar lima model EV di bawah jenama e.MAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718199337_tbprotonemas.jpg)
Proton rancang lancar lima model EV di bawah jenama e.MAS
Pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) merancang untuk melancarkan lima model kenderaan elektrik (EV) menggunakan platform Global Modular Architecture (GMA) di bawah
![Suruhanjaya EU mungkin kenakan duti import ke atas kenderaan elektrik dari China Suruhanjaya EU mungkin kenakan duti import ke atas kenderaan elektrik dari China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718196778_EUFlag.jpg)
Suruhanjaya EU mungkin kenakan duti import ke atas kenderaan elektrik dari China
"Sekiranya perbincangan dengan China tidak membawa penyelesaian yang berkesan, duti timbal balas sementara ini akan diperkenal mulai 4 Julai."
![Gentari jalin kerjasama dengan Lazada, percepat pembangunan ekosistem pengangkutan hijau Gentari jalin kerjasama dengan Lazada, percepat pembangunan ekosistem pengangkutan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717203389_GentariLazadaTen.jpg)
Gentari jalin kerjasama dengan Lazada, percepat pembangunan ekosistem pengangkutan hijau
Ia merupakan tawaran penyelesaian pajakan kenderaan elektrik (EV) jangka panjang bebas kerumitan di bawah pelan -Vehicle-as-a-Service- (VaaS) yang digerakkan Gentari.
![MARA Corporation teroka pembuatan kenderaan EV, tenaga boleh diperbaharui dengan syarikat gergasi China MARA Corporation teroka pembuatan kenderaan EV, tenaga boleh diperbaharui dengan syarikat gergasi China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716804512_ZahidHamidi.jpg)
MARA Corporation teroka pembuatan kenderaan EV, tenaga boleh diperbaharui dengan syarikat gergasi China
MARA Corporation menempa satu lagi kejayaan dalam bidang perniagaan baharu terutama membabitkan tenaga boleh diperbaharui dan pembuatan bas elektrik.
![2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025 2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713994884_ZafrulTengkuAbdul.jpg)
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
![Lebih 10 peratus pekerja Tesla di seluruh dunia diberhentikan Lebih 10 peratus pekerja Tesla di seluruh dunia diberhentikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61677713955_ElonMusk.jpg)
Lebih 10 peratus pekerja Tesla di seluruh dunia diberhentikan
Tesla memberhentikan lebih 10 peratus tenaga kerja globalnya akibat penurunan jualan dan perang harga yang meningkat untuk kenderaan elektrik (EV).