SINGAPURA: Seorang remaja yang dirakam menceroboh dan melakukan aksi lompatan jungkir balik (backflip) di kandang badak sumbu Zoo Singapura tahun lalu, didakwa di mahkamah hari ini.
Ralph Wee Yi Kai, 19, dituduh melakukan kesalahan jenayah dan vandalisme, serta dua tuduhan melakukan perbuatan nakal.
Dia dituduh menceroboh kandang badak sumbu putih di zoo berkenaan kira-kira jam 2.45 petang pada 17 Disember 2020.
Di mahkamah sama, Wee juga dituduh melanggar cermin sisi sebuah kereta Mercedez Benz dan kereta BMW, yang menyebabkan kerugian masing-masing bernilai S$2,792.70 (RM8,655) dan S$1,669.20 (RM5,173), sekitar jam 2.40 pagi pada 1 Sixth Crescent pada 9 Oktober 2020.
Dia juga didakwa memukul panel maklumat di perhentian bas di Sixth Avenue, menyebabkan kerosakan dan kerugian kira-kira S$900 (RM2,789). Mahkamah dimaklumkan masih ada siasatan yang ditangguhkan berkaitan beberapa tuduhan lagi.
Wee diikat jamin S$15,000 (RM46,499) dan akan kembali ke mahkamah bulan depan.
Wee memuat naik rakaman itu ke akaun TikTok miliknya pada Disember lepas.
Sekiranya disabitkan dengan kesalahan jenayah, dia boleh dipenjara sehingga tiga bulan, denda hingga S$1,500 (RM4,649), atau kedua-duanya. Bagi kesalahan melakukan perbuatan nakal, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya.
Sekiranya didapati bersalah melakukan vandalisme, Wee boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga S$2,000 (RM6,199). Dia juga boleh dikenakan sehingga lapan kali sebatan.
Agensi
Mon Jul 12 2021
![Ceroboh kandang badak sumbu di Zoo Singapura demi 'content' TikTok, remaja berdepan tiga tuduhan Ceroboh kandang badak sumbu di Zoo Singapura demi 'content' TikTok, remaja berdepan tiga tuduhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626070939_backfliprhino.jpg)
Ralph Wee Yi Kai dituduh melakukan kesalahan jenayah dan vandalisme, serta dua tuduhan melakukan perbuatan nakal. - TikTok/Twitter
![Marcelo, bekas bintang Real Madrid umum bersara daripada bola sepak Marcelo, bekas bintang Real Madrid umum bersara daripada bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738879745_TBMarcelo.jpg)
Marcelo, bekas bintang Real Madrid umum bersara daripada bola sepak
Bekas bintang Real Madrid, Marcelo yang berusia 36 tahun mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.
![PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738880366_TBPGA.jpg)
PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang
Lori yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sekitar 12.20 tengah malam ketika menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan.
![Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738879357_TBLisandroMartinez.jpg)
Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini
Pemain Argentina itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Crystal Palace di Stadium Old Trafford pada Ahad lalu.
![MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738878458_TBmotogp.jpg)
MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang
Morbidelli, pelumba pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team, mencatat masa 1 minit dan 57.210 saat pada pusingan ke-18 semalam.
![Hujan lebat banjiri khemah di selatan Gaza, menambah derita rakyat Palestin Hujan lebat banjiri khemah di selatan Gaza, menambah derita rakyat Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738877613_TBKhanYounis.jpg)
Hujan lebat banjiri khemah di selatan Gaza, menambah derita rakyat Palestin
Golongan yang terpaksa berpindah kini berdepan dengan keadaan yang sangat mencabar akibat kesejukan dan angin kencang.
![Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600 manakala 28 lagi mayat ditemukan daripada runtuhan Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600 manakala 28 lagi mayat ditemukan daripada runtuhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738879165_TBJabaliya.jpg)
Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600 manakala 28 lagi mayat ditemukan daripada runtuhan
Menurut kementerian, jumlah korban termasuk seorang yang meninggal dunia akibat kecederaan dan dua lagi ditembak mati oleh tentera Israel.
![Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024 Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738877465_TBtokyo.jpg)
Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024
Penipu mencuri kira-kira 126.8 bilion yen (US$833 juta), meningkat 81.3 bilion yen berbanding 2023.
![Dunia alami cuaca paling panas pada Januari 2025 Dunia alami cuaca paling panas pada Januari 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721819641_tbbahangterikmatah.jpg)
Dunia alami cuaca paling panas pada Januari 2025
Dunia mengalami Januari paling panas dalam rekod, meneruskan trend suhu global yang melampau.
![Amarjit dipilih presiden ACC, lakar sejarah unik dalam keluarga Amarjit dipilih presiden ACC, lakar sejarah unik dalam keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738878152_TBamarjit.jpg)
Amarjit dipilih presiden ACC, lakar sejarah unik dalam keluarga
Amarjit menewaskan Presiden Majlis Olimpik Indonesia Raja Sapta Oktohari dengan keputusan 24-17 undian.
![Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi menerusi kerjasama NAIO-GAIV Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi menerusi kerjasama NAIO-GAIV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738842894_TBGOBIND.jpg)
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi menerusi kerjasama NAIO-GAIV
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata hasrat berkenaan disasarkan untuk dicapai dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
![Ceroboh kandang badak sumbu di Zoo Singapura demi 'content' TikTok, remaja berdepan tiga tuduhan Ceroboh kandang badak sumbu di Zoo Singapura demi 'content' TikTok, remaja berdepan tiga tuduhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626070939_backfliprhino.jpg)
Ceroboh kandang badak sumbu di Zoo Singapura demi 'content' TikTok, remaja berdepan tiga tuduhan
Ralph Wee Yi Kai, 19, dituduh melakukan kesalahan jenayah dan vandalisme, serta dua tuduhan melakukan perbuatan nakal.