VEENA Kumari, suri rumah berusia 52 tahun, adalah pengundi Narendra Modi yang tipikal. Bersama suaminya, seorang petani, beliau tinggal di sebuah kampung berhampiran Pratapgarh, sebuah bandar berdebu dengan suasana "tidak siap", hanya 170 kilometer dari Lucknow, ibu kota negeri Uttar Pradesh (UP).

"Pengangguran adalah isu utama di negara ini, tetapi keadaan sudah bertambah baik. Jika Modi diberikan lima tahun lagi, tidak akan ada lagi pengangguran."

Anak lelakinya yang berusia 20 tahun lebih akan tamat kolej dalam masa dua tahun. Veena pasti bahawa jika Perdana Menteri yang bertahan dipilih semula, anaknya akan mendapat pekerjaan: "Modi akan menyelesaikan masalah kami. Jika tidak Modi, siapa?"

Jika bukan Modi, siapa?

Adakah sesiapa yang boleh mencabar karisma Narendra Modi yang mempunyai pengikut yang ramai? Foto Business Today India

Kepada penyokong-penyokongnya, orang kuat itu tidak boleh diganti. Soalan ini telah selalu sangat diulangi hingga ia menjadi ungkapan hikmah untuk menyelar pembangkang.

Pun begitu, bentuk kempen yang separa-Presiden mengukuhkan lagi kepentingannya: siapakah yang boleh mencabar karisma hebat Modi dan pengikutnya yang ramai?

Orang hebat itu berpotensi untuk tersungkur kerana rekod ekonominya yang kurang cemerlang, pengabaian minoriti yang memalukan dan kekurangan prihatinnya terhadap kemiskinan teruk luar bandar India, sesuatu yang pelik. Malah, partinya, Parti Janata Bharatiya (BJP) dijangka menghadapi hasil yang kurang memberangsangkan dalam pilihan raya akan datang ini.

Adakah suatu penggantian - mungkin seorang pemimpin yang kurang memecah-belah, lebih diterima oleh masyarakat, muncul dari pihak Perdana Menteri sendiri?

'Mayawati merupakan pilihan terbaik untuk menjadi pemipin kerana beliau turut mewakili kaum minoriti'. Foto Hindustan Times

Selayaknya diingatkan bahawa, beliau bukan satu-satunya yang memperolehi manfaat pada tahun 2014 apabila mulanya BJP mendapat kuasa. Pertubuhan Hindu yang amat berpengaruh, berpangkalan di Nagpur, Rashtriyaq Swayamsevak Sangh (RSS) dihujahkan sebagai pemenang utama. Mengapa?

Hakikatnya ialah, RSS dan ideologi Hindutva (nasionalis Hindu) secara luasnya dilihat sebagai pertubuhan induk BJP pimpinan Modi. Setelah memperoleh kuasa di peringkat nasional, kekalahan bukan sesuatu yang dapat diterimanya.

Maka apa yang pelik ialah, kemungkinan suatu alternatif telah muncul dalam khalayak India. Dikalungkan dengan liputan media yang mewah, Nitin Gadkari, menteri yang bertanggungjawab bagi program pembinaan lebuh raya raksasa yang popular di republik itu, telah mencul sebagai sebuah potensi "matahari" kedua dalam galaksi BJP.

Tidak seperti Modi, Gadkari yang berusia 62 tahun itu - dilahir, dibesarkan dan berakar-umbi di Nagpur - adalah orang parti yang setia dan merendah diri. Tetapi, ketika Gadkari berada pada radar orang Maharashtra berkasta atasan, golongan kelas pekerja di kalangan minoriti berfikir sebaliknya.

Nitin Gadkari, 'matahari' kedua dalam galaksi BJP. Foto Hindustan Times

Di Jula, sebuah kampung di UP yang mengalami rusuhan komunal berdarah, Nadeema Ali berkata, Mayawati adalah calon pilihan terbaik sebagai Perdana Menteri. Sebagai seorang petani dan seorang Islam, keprihatinan utama Nadeema ialah kekerasan terhadap golongan minoriti dan kos sara hidup.

"Saya belum dengar lagi sebarang skim dari Kongres atau parti lain. Parti Samajwadi (SP) adalah satu-satunya yang telah berkempen di sini - dan Mayawati adalah calon pemimpin terbaik kerana beliau mewakili golongan minoriti juga."

Mayawati, tentunya, adalah pemimpin Parti Bahujan Samaj (BSP, sekutu SP) - sebuah parti yang mewakili komunit Dalit. Anak perempuan seorang pekerja pejabat pos yang sederhana, beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Menteri UP bagi tiga penggal. Para pengundi seperti Nadeema berasakan bahawa beliau adalah lebih sesuai untuk jawatan perdana menteri berbanding pemimpin Kongres dan pewaris politik, Rahul Gandhi.

Penentang Modi kelihatannya melalui jalan sukar untuk menampilkan barisan yang bersatu. Seorang lagi pemimpin dari Benggala Barat juga mengintai kerusi perdana menteri, Mamata Banerjee, adalah seorang Ketua Menteri yang berani. Beliau memimpin sebuah parti tempatan dan juga pakatan pembangkang yang lebih besar, dikenali sebagai "Mahagathbandan."

Manas Jana berkata, Mamata ialah calon pilihannya kerana 'beliau bangga dengan rakyat yang diwakilinya'. Foto Team Ceritalah

Lebih disenangi dengan panggilan Mamata-didi (kakak), pemimpin berusia 64 tahun itu juga popular di negeri-negeri jiran seperti Odisha. Seruannya kepada pembangkang negeri-negeri telah menghasilkan satu "Perhimpunan Mega" pada pertengahan Januari lalu, yang mana setengah juta orang (termasuk 20 pemimpin politik) datang untuk menonton. Perhimpunan itu sehingga menyebabkan Kolkata, ibu kota Benggala Barat, sesak tidak bergerak.

Di Puri, Odisha, kami bercakap dengan Manas Jana, seorang pengawal hotel yang datang dari sebuah keluarga petani. Beliau yang peramah dan berusia 32 tahun itu berkata: "Saya memilih Mamata Didi sebagai perdana menteri. Beliau berbangga dengan rakyat yang diwakilinya dan bertanggungjawab terhadap kerja-kerja partinya di lapangan".

Parti BSP Mayawati mewakili komuniti Dalit. Foto Team Ceritalah

Rahul Gandhi setakat ini dilihat gagal memenangi hati kebanyakan pengundi India. Ia memalukan kerana inisiatif NYAY anjurannya - satu skim jaminan pendapatan minimum - merupakan satu langkah yang menarik.

Pengumuman Gandhi bahawa beliau akan bertanding di kawasan Wayanad di Kerala (sebagai tambahan kepada kubu keluarganya, Amethi di UP) tidak dilihat menarik imaginasi pengundi di Selatan.

Unni, seorang pelajar berusia 20 tahun dari suku kaum Adivasi, menolak dasar-dasar yang berpusat kepada kebajikan. "Mudahnya, ia tidak akan dapat dilaksanakan di lapangan. Di Wayanad, Kongres diwakili oleh pemilik-pemilik ladang yang kaya, yang tidak akan melakukan apa-apa untuk membantu petani-petani kecil kerana ia akan menjejaskan kepentingan ekonomi mereka."

Ramai yang merasakan Rahul Gandhi hanya sekadar muka baru dari dinasti Nehru-Gandhi dan tidak lebih dari itu. Foto Scroll India

Tempelak ini dalam banyak cara memperkecilkan kewibawaannya, terutamanya apabila berdepan dengan kegagahan Modi.

Turut boleh dihujahkan, wujud suatu cabaran bermakna terhadap kepimpinannya yang menunjukkan bahawa Gandhi seolahnya tidak dapat lebih mengukuhkan hubungan dengan rakan-rakan politik anti-Modinya. Pemimpin-pemimpin negeri seperti Mayawati dan Mamata sepatutnya merupakan sekutu semula jadinya. Tetapi, apa yang berlaku, mereka kelihatan sentiasa mahu menggantikannya.

Pemimpin yang lebih kuat akan mampu menghimpun semua kepentingan yang bersaing ini, sebelum pilihan raya, daripada berbincang di belakang tabir selepas keputusan pengundian.

Maka, ia hanya sehingga sekiranya pembangkang India dapat bertindak bersama. Malangnya, tidak akan ada jawapan yang memuaskan kepada soalan "Jika bukan Modi, siapa?"

Mamata Banerjee, Ketua Menteri Benggala Barat, ketika kempen mega di Kolkata. Foto Global Governance News


* Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.