VIENNA: Canselor Austria Sebastian Kurz mengumumkan peletakan jawatannya pada Sabtu malam dan mencadangkan Menteri Luar Alexander Schallenberg sebagai penggantinya.
"Saya ingin mengelakkan kekacauan. Bagi saya negara adalah lebih penting," katanya dalam satu kenyataan lapor Agensi Berita Xinhua.
Beliau berkata akan kembali ke parlimen dan menumpukan tugasnya sebagai ketua People Party dan menggunakan kesempatan ini untuk membersihkan namanya atas tuduhan "palsu" yang dikenakan ke atasnya.
Sementara itu, Kurz mencadangkan Menteri Luar Alexander Schallenberg sebagai penggantinya memandangkan Schallenberg mempunyai kemahiran diplomatik yang diperlukan untuk membina kembali kepercayaan kedua-dua pihak.
Kurz, 35, berdepan desakan agar beliau berundur termasuk daripada sekutunya selepas beliau dan sembilan yang lain terpalit dengan dakwaan rasuah.
Beliau didakwa menggunakan wang kerajaan untuk memastikan media memberikan liputan yang positif mengenainya.
Pembangkang telah menggesa Kurz berundur dan merancang untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadapnya di parlimen Selasa depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 10 2021

Kurz berkata beliau akan kembali ke parlimen dan menumpukan tugasnya sebagai ketua People Party dan menggunakan kesempatan ini untuk membersihkan namanya atas tuduhan "palsu" yang dikenakan ke atasnya.- Foto REUTERS
China wajibkan pelabelan kandungan janaan AI untuk perangi maklumat salah
Pihak berkuasa China mengeluarkan garis panduan yang mewajibkan label pada semua kandungan dijana oleh kecerdasan buatan yang diedarkan dalam talian, bertujuan untuk memerangi penyalahgunaan AI dan penyebaran maklumat palsu.
Bazar raya lesu, pendapatan peniaga merudum
Di Chukai, Kemaman, aktiviti perniagaan di beberapa Bazar Aidilfitri dilihat agak lesu dan perlahan, dengan peniaga merungut pendapatan mereka menurun antara 30% dan 60% berbanding tahun lalu.
[TERKINI] Nurul Izzah bakal pertahan jawatan naib presiden
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bakal mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti, Mei ini.
Dakwaan kerajaan pimpinan GRS, PH gagal tidak berasas - Hajiji
Dakwaan pembangkang kononnya kerajaan Sabah yang kini ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) gagal adalah suatu yang tidak berasas
Satu lagi lubang benam di Jalan Gua Musang–Lojing, laluan ditutup sepenuhnya
Satu lagi lubang benam berlaku di Kilometer 78 Jalan Gua Musang–Lojing berhampiran Kampung Jekjok pada awal pagi tadi, hanya tujuh meter dari lokasi kejadian sebelumnya.
Polis tumpas sindiket dadah sasar nelayan, 24 ditahan
Seramai 24 individu termasuk seorang wanita disyaki pengedar dadah ditahan dan pelbagai jenis dadah dirampas dalam Ops Penyu 1.0 di sekitar Dungun, Setiu dan Besut di Terengganu serta Pasir Puteh, Kelantan pada 6 hingga 12 Mac lepas.
Rentap kepala pelajar autisme, polis buka kertas siasatan
Polis membuka kertas siasatan berhubung insiden seorang pembantu pengurusan pelajar yang didakwa mengasari seorang pelajar autisme berusia tujuh tahun di sebuah sekolah rendah di Kelana Jaya, Petaling Jaya.
Wanita maut terjatuh jejambat, dilanggar kenderaan
Seorang wanita ditemukan mati selepas dipercayai terjatuh daripada jejambat berhampiran i-City di Kilometer 6.5 Lebuhraya Persekutuan dari Shah Alam menghala ke Klang sebelum dilanggar kenderaan yag melalui kawasan itu.

Pemilihan PKR: Nurul Izzah bakal pertahan jawatan Naib Presiden
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bakal mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti, Mei ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Mac 2025.

Canselor Austria Sebastian Kurz letak jawatan
Canselor Austria Sebastian Kurz mengumumkan peletakan jawatannya pada Sabtu malam dan mencadangkan Menteri Luar Alexander Schallenberg sebagai penggantinya.