Calon Pilihan Raya Umum (PRU) Singapura 2015 pada 11 Sept ini akan menghadapi kempen yang lebih mencabar apabila berdepan dengan generasi baharu yang berpendidikan tinggi dan berfikiran global.
Biarpun kurang seminggu hari pengundian, namun pendekatan calon dalam kempen meraih undi masih tidak berbeza dalam isu-isu yang dibawa berbanding PRU pada 2011.
Bagaimanapun, calon kali ini berdepan dengan senario yang berbeza dengan kehadiran generasi baharu yang tidak mudah 'termakan' dengan ucapan-ucapan bersifat retorik.
Kini bukan mudah untuk calon atau parti politik untuk memperjelaskan sesuatu perkara dengan mengulangi pendekatan lapuk dan memainkan isu-isu basi pada PRU sebelum ini.
Perdana Menteri Lee Hisen Loong, dalam perutusan ulang tahun hari kebangsaan ke-50 baru-baru ini, berkata Singapura kini berada di titik perubahan dan rakyat akan menentukan arah tuju negara itu untuk 50 tahun akan datang.
Cabaran kini diletakkan di bahu generasi baharu untuk membawa Singapura ke tahap yang lebih tinggi dan calon PRU perlu memiliki kaliber yang tinggi untuk menyakinkan generasi muda ke arah membina asas yang kukuh.
PRU ke-13 negara itu akan menyaksikan pemilihan 89 anggota Parlimen di 29 kawasan pilihan raya.
Menggunakan pendekatan sama sebelum ini dengan calon menjaja kisah kehidupan peribadi, latar belakang keluarga dan pencapaian masing-masing mungkin tidak memberi kesan yang diharapkan.
Pengundi kini menuntut apakah sumbangan calon sekiranya diberi kepercayaaan untuk menyemarakan lagi pembangunan masyarakat dan ekonomi negara serta menangani kos sara hidup yang semakin meningkat, isu perumahan dan soal gaji.
Timbalan Pengerusi Eksekutif, Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam, Universiti Teknologi Nanyang, Ong Keng Yong berkata isu-isu tersebut adalah sama seperti pada PRU lepas.
"Bagaimanakah calon mahu berinteraksi dan menjelaskan isu-isu ini kepada pengundi kali ini?. Ini merupakan isu-isu amat penting untuk pengundi," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata kos sara hidup semakin meningkat walaupun angka kadar inflasi menunjukkan ia masih terkawal.
Katanya beliau berpendapat calon parti memerintah perlu memberi penjelasan terhadap isu sama yang dibangkitkan itu pada PRU lepas namun generasi baharu mungkin tidak dapat menerimanya dengan begitu mudah pada kali ini.
Beliau berkata generasi pertama dapat menerima penjelasan bahawa kos sara hidup ditentukan oleh harga barangan makanan import yang meningkat selaras dengan ketidaktentuan nilai matawang semasa.
Bagaimanapun, katanya, generasi baharu tidak akan menerima penjelasan itu dengan mudah malah akan menuntut apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh calon untuk menangani masalah tersebut.
"Generasi baharu dahagakan penjelasan yang masuk akal dan sekiranya penjelasan yang diberikan oleh calon tidak logik maka mereka tidak akan memilih calon tersebut," katanya.
Beliau percaya pengundi akan memilih calon yang dapat membantu meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat dan bukan diperdaya oleh mainan orang politik yang hanya gemar beretorik.
Bernama
Sun Sep 06 2015
Kempen PRU Singapura 2015 lebih mencabar apabila berdepan dengan generasi baharu yang berpendidikan tinggi dan berfikiran global. - Foto AFP/Roslan Rahman
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta
Polis giat mengesan sekumpulan lelaki disyaki melakukan samun bersenjata terhadap dua lelaki dan melarikan barang kemas dianggar bernilai RM1.54 juta di sini hari ini.
AWANI Borneo [26/11/2024] – Amanah, berintegriti | Isu tular | Permohonan kerakyatan
AWANI Borneo bersama Nickyson Nyambar
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
Calon perlu buktikan kemampuan beri sumbangan bukan sekadar retorik
Kempen PRU Singapura 2015 lebih mencabar apabila berdepan dengan generasi baharu yang berpendidikan tinggi dan berfikiran global.