SEORANG kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terpaksa dibedah di Hospital Daerah Poonch, India, berdekatan dengan sempatan Pakistan, selepas mendapati cacing gelang berada di dalam ususnya.
Lapor Daily Excelsior, kanak-kanak itu terdahulu mengadu tidak dapat membuang air besar, mengalami kesakitan dan kembung perut serta muntah dengan kerap.
Semasa pemeriksaan oleh doktor, ujian imbasan dilakukan pada abdomen. Doktor yang merawat mendapati usus kecil kanak-kanak lelaki itu tersumbat sepenuhnya dan dia dinasihatkan menjalani pembedahan.
Sema.sa pembedahan yang dijalankan oleh Pakar Perunding Bedah, Hospital Poonch, Dr Manav Datta dengan bantuan Pakar Bius, Dr Shafiq Choudhary dan Penolong Dewan Bedah, Sanjeev Sharma menyaksikan kehadiran segumpal cacing gelang yang juga dikenali sebagai ascaris lumbricoides.
Malah kehadiran parasit itu menjadi punca usus tersumbat dan sejumlah 1 kilogram cacing berkenaan dikeluarkan oleh doktor dalam pembedahan selama kira-kira satu jam.
Mengulas mengenai pembedahan itu, Dr Manav Datta berkata pembedahan sebegitu bukanlah jarang berlaku tetapi ia adalah kali pertama cacing gelang dalam kuantiti yang begitu besar ditemui dan dikeluarkan dari usus pesakit di hospital berkenaan.
Apa itu cacing gelang?
Menurut perkongsian MyHealth portal, cacing gelang atau ascaris lumbricoides adalah punca utama jangkitan cacing dalam kalangan manusia.
Jangkitan itu dinamakan ascariasis. Cacing gelang betina dewasa boleh mencapai ukuran sehingga 18 inci sementara cacing gelang jantan dewasa biasanya lebih pendek sedikit daripada cacing gelang betina.
Cacing dewasa tinggal di dalam usus kecil dan telurnya dikeluarkan bersama dengan najis.
Namun, apa yang menakutkan telur-telur cacing boleh tinggal di dalam tanah selama bertahun-tahun!
Bagaimanakah ia berjangkit?
Kanak-kanak suka bermain di tempat yang lembab dan kotor. Telur-telur cacing gelang berjangkit melalui tangan yang tidak bersih dan di masukkan ke dalam mulut.
Selain itu, mengambil makanan dan minuman air yang dicemari dengan telur-telur cacing gelang juga boleh menyebabkan jangkitan.
Apakah tanda-tanda dan gejala dijangkiti cacing?
Ramai kanak-kanak tidak mempunyai tanda-tanda dan gejala. Namun, kadang-kala kanak-kanak turut mengadu sakit perut.
Jangkitan cacing yang teruk boleh menyebabkan saluran usus tersumbat dan mengakibatkan sakit perut yang teruk dan muntah kerap. Adakalanya cacing dikeluarkan melalui najis atau dimuntahkan keluar.
Pencegahan daripada parasit ini boleh dilakukan dengan mencuci tangan dengan sempurna sebelum mengendalikan makanan.
Elakkan daripada menyentuh tanah yang dicemari dengan najis manusia, buang lampin pakai buang di tempat pembuangan sampah serta menghindari makanan tercemar atau minum air yang dicemari semasa melawat tempat atau negeri yang tidak mempunyai sistem sanitasi yang sempurna.
Bagaimanakah untuk mengenalpasti anak anda dijangkiti cacing?
Jika anak anda membuang air besar mengandungi cacing gelang atau telur cacing.
Bagaimanakah untuk merawat kanak-kanak yang dijangkiti cacing?
Ia boleh dirawat dengan memberikan ubat Albendazole 1 biji sehari atau Mebendazole untuk 3 hari.
Bolehkah jangkitan cacing gelang dicegah?
Pencegahan boleh dicapai jika anda:
Cuci tangan dengan sempurna sebelum mengendalikan makanan.
Elakkan dari menyentuh tanah yang dicemari dengan najis manusia.
Buang lampin pakai buang ditempat yang sesuai.
Elak makan makanan tercemar atau minum air yang dicemari semasa melawat tempat atau negeri yang tidak mempunyai sistem sanitasi yang sempurna. - Pa&Ma
Pa and Ma
Sun Sep 11 2022

Kehadiran parasit itu menjadi punca usus tersumbat dan sejumlah 1 kilogram cacing berkenaan dikeluarkan oleh doktor dalam pembedahan selama kira-kira satu jam. - Foto Daily Excelsior
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Cacing gelang seberat 1kg berjaya dikeluarkan dari usus budak 6 tahun
Doktor yang merawat mendapati usus kecil kanak-kanak lelaki itu tersumbat sepenuhnya dan dia dinasihatkan menjalani pembedahan.

Tidak perlu panik cacing dalam sardin tin - Pakar Akuakultur
Rakyat Malaysia perlu lebih berhati-hati dalam memilih jenama produk sardin dalam tin susulan penemuan cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp dalam sardin tin yang diimport dari China.