SHANGHAI: Pesawat penumpang C919 buatan China menerima tempahan sebanyak 1,061 sejak mendapat sijil pengesahan daripada Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) pada September tahun lepas.
Pengerusi Lembaga Perbadanan Pesawat Komersial China (COMAC), He Dongfeng, berkata hasil pembangunan inovatif selama 15 tahun, pesawat penumpang bersaiz besar buatan China kini terdiri daripada pesawat jarak dekat ARJ21, pesawat jarak sederhana C919 dan pesawat jarak jauh C929.
"Setakat ini, ARJ21 memperoleh sebanyak 775 tempahan dan 112 daripadanya sudah memulakan operasi komersial," katanya pada majlis pembukaan Forum Inovasi Pujiang yang berlangsung di Shanghai pada Ahad.
Beliau berkata pelanggan pertama ARJ21, TransNusa Indonesia, mengendalikan laluan penerbangan domestik serta laluan ke Malaysia dan Singapura menggunakan pesawat itu, dengan menghantar seramai 8.6 juta orang penumpang.
Bagi model C929, pesawat jet antara benua pertama yang dibangunkan China, beliau berkata ia kini berada dalam fasa reka bentuk.
Pesawat itu dijangka dapat menampung 250 hingga 350 penumpang dengan kemampuan jarak penerbangan sejauh 12,000 kilometer.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2023

He berkata, pesawat penumpang bersaiz besar buatan China kini terdiri daripada pesawat jarak dekat ARJ21, pesawat jarak sederhana C919 dan pesawat jarak jauh C929. - Gambar Wikipedia
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

C919 terima tempahan menggalakkan
Pesawat penumpang C919 buatan China menerima tempahan sebanyak 1,061 sejak mendapat sijil pengesahan daripada Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) pada September tahun lepas.

China Eastern MU5735: Tiada kenyataan berhubung nahas dikeluarkan NTSB - CAAC
CAAC dalam pada itu berkata ia akan berhubung dengan pasukan penyiasat NTSB dan menerbitkan maklumat tepat berhubung tragedi apabila tiba masanya.

Elak jangkitan COVID-19 di tandas, anak kapal disaran pakai lampin pakai buang
Lampin pakai buang dewasa kerana ini bagi memastikan mereka ini tidak perlu untuk ke bilik air menggunakan tandas.