KHAN YOUNIS: Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) merayu kepada masyarakat antarabangsa serta Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa untuk segera campur tangan bagi melindungi Hospital Al-Amal dan premisnya di Semenanjung Gaza di tengah-tengah serangan udara Israel yang berterusan.
Dalam satu kenyataan PRCS berkata ini termasuk melindungi kakitangan perubatan, pesakit dan kira-kira 14,000 penduduk yang kehilangan tempat tinggal yang mencari perlindungan di hospital itu.
Semua tindakan itu selaras undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Konvensyen Geneva Keempat, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
PRCS sangat bimbang terhadap serangan berulang oleh tentera Israel ke atas premisnya dan Hospital Al-Amal - anggota gabungan persatuan itu - di bandar Khan Younis di Semenanjung Gaza.
Bulan Sabit Merah melaporkan tentera penceroboh Israel telah mengebom beberapa tingkat ibu pejabatnya sejak tiga hari lepas dengan serangan terbaru berlaku pada pagi ini.
Menurut kenyataan itu, serangan secara langsung tentera rejim ke atas bangunan persatuan mengakibatkan kematian tujuh individu yang kehilangan tempat tinggal, termasuk seorang bayi berusia lima hari manakala 11 yang lain cedera.
Selain kematian di premis pertubuhan itu, serangan udara Israel turut mengenai puluhan bangunan kediaman dan perhimpunan orang awam berhampiran atau sekitar hospital, mengakibatkan berpuluh-puluh lagi kematian, termasuk individu yang hilang tempat tinggal yang mencari perlindungan di premis PRCS.
Persatuan itu menegaskan serangan udara Israel juga memusnahkan stesen penghantaran komunikasinya, satu-satunya cara komunikasi yang masih ada di wilayah Khan Younis.
Menurut PRCS ketiadaan komunikasi menghalang keupayaan kru perubatan untuk bertindak terhadap kes kecemasan dan kes kemanusiaan.
Kawasan sekitar Hospital Al-Amal juga menjadi sasaran serangan Israel selama hampir dua minggu, meletakkan nyawa individu yang kehilangan tempat tinggal dalam bahaya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 05 2024
Anggota tentera rejim Zionis Israel ketika melakukan operasi darat di Gaza. - Foto REUTERS
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Korban serangan Israel di Gaza cecah 29,600 orang
Serangan Israel di Gaza menyebabkan lebih 29,600 penduduk Palestin maut, termasuk 92 dibunuh dalam 24 jam terakhir.
Bulan Sabit Merah gesa masyarakat antarabangsa campur tangan lindungi Hospital Al-Amal
Ini termasuk melindungi kakitangan perubatan, pesakit dan kira-kira 14,000 penduduk yang kehilangan tempat tinggal.
Bulan Sabit Merah Palestin kutuk serangan berhampiran Hospital Al-Amal
Insiden terbabit menyebabkan 10 orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 21 lagi cedera.
Perang Palestin-Israel: 59 trak sarat bantuan masuk ke Gaza - PRCS
Trak-trak itu membawa makanan, air, bantuan kecemasan, ubat-ubatan dan bekalan perubatan, menurut kenyataan itu.