Edisi pertama buku tentang spesies burung di Amerika karya John James Audubon, The Birds of America, iaitu salah sebuah buku yang paling berharga dalam sejarah alam semula jadi, telah berjaya dilelong pada harga AS$9.65 juta (RM38.4 juta) dalam sebuah acara lelongan di New York pada Khamis.
Acara tersebut dikelolakan oleh firma terkemuka, Christie’s, lapor Reuters.
Buku dari kurun ke-19 itu mengandungi ilustrasi menarik, dengan menghimpunkan lebih daripada 400 lukisan tangan yang memaparkan ilustrasi 1,037 ekor burung.
Ia adalah salah satu daripada 13 set lengkap yang masih tinggal dan dimiliki dalam simpanan persendirian.
Christie's menyifatkan set tersebut sebagai ‘salinan terbaik yang ada dalam simpanan persendirian, dan juga merupakan buku berwarna paling halus pernah dihasilkan’.
Harga jutaan dolar itu dikatakan dibayar oleh seseorang yang tidak mahu dikenali. Ia adalah harga kedua tertinggi pernah dilelong bagi buku berkenaan. Satu lagi salinan buku itu pernah dijual pada harga AS$10.27 juta (RM40.9 juta) pada 2010.
Buku The Birds of America kali pertama diterbitkan dalam bentuk siri antara tahun 1827 dan 1838, dan sekali gus mendokumentasikan misi Audubon yang meluangkan masa bertahun-tahun mengkaji spesies burung di Amerika Utara.
Audubon yang meninggal dunia pada 27Januari 1851 ialah seorang pakar kaji burung dan juga pelukis Amerika yang menghabiskan hayatnya dengan membuat penyelidikan mengenai pelbagai spesies burung.
Agensi
Fri Jun 15 2018
Buku edisi pertama Birds of America ditunjukkan kepada wartawan sempena acara lelongan kelolaan Christie's. - Reuters
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Kekejaman zionis: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Korea Utara langgar sekatan PBB, import minyak Rusia
Korea Utara telah melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dipercayai menerima lebih 1 juta tong minyak dari Rusia sepanjang lapan bulan pertama tahun ini.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
PM Mauritius pegang jawatan Menteri Kewangan
Perdana Menteri Mauritius, Navin Ramgoolam, yang mengangkat sumpah bulan ini selepas kemenangan besar pilihan raya, mengumumkan beliau akan memegang jawatan Menteri Kewangan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memastikan kawalan rapi terhadap ekonomi negara.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memastikan kawalan rapi terhadap ekonomi negara.
Kim Jong Un tuduh AS provokasi, amaran perang nuklear
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, menuduh Amerika Syarikat mencetuskan ketegangan dan provokasi di Semenanjung Korea.
Beliau menyatakan wilayah tersebut kini menghadapi risiko tertinggi perang nuklear.
Beliau menyatakan wilayah tersebut kini menghadapi risiko tertinggi perang nuklear.
Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
Ikon Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan melahirkan keterujaannya untuk kembali ke Malaysia selepas sekian lama.
Pelakon tersohor itu hadir sebagai tetamu istimewa di ibu negara pada Jumaat, mengujakan tetamu yang menghadiri majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd.
Pelakon tersohor itu hadir sebagai tetamu istimewa di ibu negara pada Jumaat, mengujakan tetamu yang menghadiri majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd.
Pembedahan kardiotorasik komponen penting dalam penjagaan kardiovaskular - Dr Dzulkefly
Melatih lebih ramai pakar bedah ialah keutamaan untuk capai objektif bawa penjagaan pembedahan kardiotorasik lebih dekat dengan rakyat.
Buku ilustrasi tentang burung berjaya dilelong pada harga RM38.4 juta
Buku dari kurun ke-19 itu mengandungi ilustrasi menarik, dengan menghimpunkan lebih daripada 400 lukisan tangan yang memaparkan 1,037 ekor burung.