Sebuah buku berkulit tebal yang menghimpun sejarah sepanjang20 tahun seni reka bentuk yang dihasilkan oleh Apple dilancarkan.

Buku yang diterbitkan sebagai mengingati kenangan abadi terhadap teknokrat Steve Jobs diberi judul "Designed by Apple in California".

Buku itu menghimpunkan foto-foto produk rekaan Apple antaranya iMac pada tahun 1998 hingga Apple Pencil tahun 2015.

Turut didokumentasikan adalah bahan dan teknik yang digunakan oleh pasukan rekaan yang cukup inovasi Apple.

Buku

Menurut Jony Ive selaku Ketua Pegawai Rekaan Apple, "Untuk menghasilkan sesuatu yang asli untuk kemanusiaan merupakan motivasi dan inspirasi Steve Jobs sejal awal dan akan terus menjadi sasaran kami untuk menuju ke masa depan."

Tambah Ive lagi, beliau berharap agar buku tersebut akan menambahkan pemahaman akan bagaimana dan mengapa ia dihasilkan selain menjadi sumber rujukan untuk pelajar jurusan rekaan."

Buku tersebut mengandungi 450 imej yang menggambarkan proses rekaan produk-produk ikonik syarikat terkenal dunia itu.

Antara foto reka bentuk produk Apple yang dimuatkan dalam buku tersebut.

Dihasilkan dalam dua saiz, buku tersebut berharga USD199 (RM861) untuk saiz kecil dan USD299 (RM1293) untuk saiz besar.

Buku itu akan mula dijual di Australia, France, Germany, Hong Kong, Jepun, Korea, Taiwan, UK dan Amerika Syarikat mulai esok.


Sama ada buku ini akan dijual di Malaysia tidak disebut dalam siaran media tersebut.