KEKASIH pelakon Tamara Tyasmara yang menjadi suspek pembunuhan anak lelakinya, Dante di sebuah kolam renang umum pada hujung bulan lalu sudah ditahan pihak berkuasa.
Lelaki yang dikenali sebagai Yudha Arfandi itu juga sudah memberi keterangan kepada pihak berkuasa mengenai insiden yang membabitkan kanak-kanak berusia enam tahun tersebut.
Yudha mengatakan berenang selama dua jam setengah bersama kanak-kanak malang tersebut dan anak perempuannya.
Dia kemudian mengaku membenamkan atau menenggelamkan kepala Dante ke dalam air sebanyak 12 kali seperti bukti pembunuhan yang dirakam CCTV.
Namun Yudha mendakwa dia bukan mahu melemaskan atau membunuh Dante.
Sebaliknya tujuan dia membenamkan kepala Dante ke dalam air sebanyak 12 kali adalah sebagai latihan pernafasan.
“Suspek mengakui berenang selama 2 jam setengah dan untuk latihan membenam bertujuan latihan pernafasan.
“Biar lebih kuat, tidak terlalu panik dan tidak takut air," kata wakil pihak berkuasa seperti dilaporkan Detik.com.
Pada hari kejadian, selepas lemas, Dante dilihat berenang ke tepi dan Yudha cuba memberi pertolongan kepada anak kekasihnya itu.
Dante bagaimanapun didapati sudah maut selepas dibawa ke rumah sakit.
Tamara dan bekas suami bagaimanapun memberi kebenaran kepada pihak berkuasa untuk menggali semula kubur anak mereka untuk tujuan autopsi baru-baru ini.
Dan sewaktu proses tersebut berlangsung, polis menemui bukti kematian Dante akibat dilemaskan Yudha menerusi rakaman CCTV. - Gempak
Gempak
Tue Feb 13 2024
Yudha (kiri) sudah memberi keterangan kepada pihak berkuasa mengenai insiden yang membabitkan kanak-kanak berusia enam tahun tersebut. - Gambar/ Gempak
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
Trump calonkan Whitaker sebagai Duta AS ke NATO
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menamakan bekas pemangku peguam negara, Matthew Whitaker sebagai pilihannya untuk jawatan Duta AS ke Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Trump berkata Whitaker akan mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi NATO dan berdiri teguh dalam menghadapi ancaman terhadap keamanan serta kestabilan, lapor Agensi Berita Jerman (DPA).
Kapal angkasa kargo Rusia berjaya dilancar ke orbit
Rusia berjaya melancarkan kapal angkasa kargo Progress MS-29 ke orbit menggunakan roket pengangkut Soyuz-2.1a
Taikun India Gautham Adani terpalit rasuah jutaan dolar
Pengerusi Kumpulan Adani India, Gautam Adani didakwa di Mahkamah Persekutuan New York, Amerika Syarikat atas pertuduhan berkaitan skim rasuah dan penipuan besar-besaran. Adani bersama tujuh individu lain, termasuk anak saudaranya, Sagar Adani didakwa membayar rasuah bernilai 265 juta (RM1.18 bilion) kepada pegawai kerajaan India untuk mendapatkan kontrak yang menjana keuntungan AS$2 bilion dalam tempoh 20 tahun.
Remaja Australia minum alkohol beracun di Laos meninggal
Seorang lagi pelancong asing maut akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, pada Khamis.
ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas menteri pertahanannya, Yoav Gallant atas dakwaan jenayah kemanusiaan dan perang di Gaza. Waran tangkap terbaharu yang dikeluarkan ICC itu turut melibatkan Ketua Hamas, Ibrahim Al-Masri.
Ketengah kejayaan kerajaan, bentang inisiatif kepada rakyat
Program dua tahun kerajaan MADANI dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 bakal dianjurkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 November ini bukan sekadar menjadi platform melaporkan kejayaan kerajaan.
Kerajaan wajar pertimbang pengecualian cukai kepada syarat lengkap CISM
Kerajaan wajar mempertimbangkan pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat yang melengkapkan Program Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM).
Bukan bunuh, kekasih Tamara dakwa tenggelamkan kepala anak ke air 'untuk latihan'
Kekasih pelakon Tamara Tyasmara yang menjadi suspek pembunuhan anak lelakinya, Dante di sebuah kolam renang umum pada hujung bulan lalu sudah ditahan pihak berkuasa.